KKM Akan Perkenalkan Rangka Kerja Penggunaan CBD Tahun Ini, Kata KJ

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bakal memperkenalkan rangka kerja berhubung dengan pendaftaran produk yang berasaskan kanabidiol (CBD) pada tahun ini.

Bahan aktif ganja tersebut, akan digunakan untuk tujuan perubatan melalui preskripsi daripada doktor, lapor Malaysia Kini.

Pengumuman itu turut dilakukan menerusi ciapan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Twitter.

Perkenalkan rangka kerja tahun ni untuk pendaftaran produk CBD

“KKM akan memperkenalkan rangka kerja pada tahun ini bagi membolehkan pendaftaran produk CBD disediakan mengikut preskripsi.

“Rangka kerja ini akan menggariskan proses pengawalseliaan, pendidikan dan latihan serta perkongsian data sainstifik kepada kes penggunaannya,” tulis menteri itu.

Jelasnya semalam (14 Julai), beberapa produk CBD juga dijangka akan didaftarkan pada tahun hadapan (2023).

Menurut menteri itu, KKM juga komited menerusi hasil bukti dan sains yang ada.

“Dalam erti kata lain jika sains menunjukkan arah tertentu, kita tidak boleh mengelak,” jelasnya.

Tak nak gopoh untuk benarkan penanaman ganja seperti Thailand

Bagaimanapun, Khairy memaklumkan negara ini tidak akan gopoh untuk mengikuti jejak langkah Thailand yang memberi kebenaran untuk menanam ganja kerana beranggapan ia bukan lagi dadah.

Nak lihat penerimaan doktor dan pesakit dahulu

“Langkah kita berhati-hati, pertama kita daftar beberapa produk CBD, kita tengok penerimaan doktor dan pesakit.

“Selepas itu kalau penerimaanya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita boleh memikirkan soal penanaman, ramai hantar kertas kerja nak buat ladang ganja dan sebagainya, tapi kita belum sampai tahap itu lagi,” ulasnya lagi.

Perlu ambil langkah demi langkah untuk benarkan CBD

Menerusi laporan The Star, Khairy berkata pihaknya perlu mengambil pendekatan ‘sedikit demi sedikit’ dalam membenarkan CBD di Malaysia.

“Saya rasa kita sudah bersedia dan saya rasa debat yang diadakan juga berguna, tetapi sekali lagi melihat secara terperinci, ia adalah sangat penting sebagai pengawal selia farmaseutikal di Malaysia.

“Saya rasa tahun depan adalah waktu yang baik dan saya fikir kita akan mengeluarkan rangka kerja pada tahun ini,” katanya.

Khairy berkata, pihaknya juga akan menjemput pihak berkaitan untuk memberi cadangan bagi pendaftaran produk CBD, dan pendidikan yang diperlukan untuk industri perubatan untuk menentuk preskripsi dan kegunaannya.

Sekadar info, CBD merupakan bahan kimia aktif yang ditemukan dalam tanaman ganja yang digunakan untuk tujuan perubatan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

2 mins ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago