fbpx
Now Reading
Visa Furada Luar Dari Bidang Kuasa MOTAC, Kata Nancy Shukri
visa furada luar dari bidang kuasa MOTAC

Visa Furada Luar Dari Bidang Kuasa MOTAC, Kata Nancy Shukri

Menteri itu turut mengakui isu penipuan berhubung visa furada sering berlaku setiap tahun namun tidak dapat mengambil tindakan ke atas agensi pelancongan yang terkait tanpa bukti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu berhubung visa furada adalah luar daripada bidang kuasa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk mengawal pengeluarannya kepada bakal jemaah haji yang hendak ke mengerjakan ibadah itu tanpa menggunakan penggiliran daripada Tabung Haji.

Malah visa furada itu ditentukan oleh Kerajaan Arab Saudi menerusi kedutaanya, manakala MOTAC hanya bertanggungjawab untuk menguruskan hal berkenaan pelancongan serta umrah ke Mekah.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan, tiada tindakan dapat dilakukan oleh pihaknya berhubung isu visa furada meskipun isu itu telah memyebabkan hampir 400 bakal jemah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tidak ada kena mengena dengan MOTAC atau kerajaan, ia berkait dengan kedutaan Arab Saudi

“Dalam hal (visa furada), tiada kena mengena dengan kita (MOTAC) mahu pun kerajaan kita.

“Ia adalah dengan kedutaan Arab Saudi. Mereka beri visa furada dan ia luar daripada tanggungan kita,” jelasnya.

Tiada tindakan boleh diambil tanpa sebarang bukti

Bagaimanapun, beliau turut mengakui saban tahun isu penipuan visa furada ini sering terjadi, tetapi tiada tindakan dapat dilakukan kepada agensi pelancongan yang terkait tanpa sebarang bukti.

Terdahulu, lebih kurang 400 bakal jemaah haji telah terkandas di KLIA selepas mereka menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta yang menggunakan visa furada.

Susulan itu, seramai lima individu telah ditahan dalam satu serbuan di beberapa kawasan di ibu negara pada 8 Julai yang lepas sebelum mereka direman bagi siasatan lanjut.

Individu tersebut terdiri daripada tiga wanita serta dua lelaki yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.