fbpx
Now Reading
Wanita ‘Khayal’ Di Bawah Pengaruh Dadah Pukul Suami Hingga Maut
Isteri dipercayai bunuh suami positif dadah

Wanita ‘Khayal’ Di Bawah Pengaruh Dadah Pukul Suami Hingga Maut

Berdasarkan ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis Metamphetamine dan Amphetamine.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rakyat Malaysia pagi ini (15 Julai) digemparkan dengan satu kejadian seorang lelaki yang ditemukan mati dipercayai dipukul isterinya di kediaman keluarga di tingkat tiga, Blok 14, Flat Nipah di Taman Daya, Johor Bahru.

Suspek positif dadah

Terbaharu Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan isteri mangsa yang berumur 36 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine dan sudah ditangkap polis.

Bunuh suami dengan menggunakan objek tumpul

Jelas beliau, hasil siasatan awal telah mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan menggunakan objek tumpul dan menyebabkan kematian.

“Suspek yang ditahan pada pukul 9.15 pagi di kawasan berhampiran itu juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang melibatkan dua kes dadah serta satu kes jenayah.

“Hasil siasatan awal mempercayai suspek membunuh mangsa kerana di bawah pengaruh dadah.

Polis masih mengesan seorang lagi suspek lelaki

“Kita juga masih mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai turut terlibat dalam insiden berkenaan,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut dua akta iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi Seksyen 302 KK, jika disabit kesalahan boleh dihukum mati manakala bagi Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun dan pengawasan dua tahun.

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring

Sebelum ini, Raub mengesahkan telah menerima panggilan berkenaan insiden pada jam 7.50 pagi selepas mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring.

Menurut sumber, ketika dijumpa mangsa mati dalam keadaan kaki terkat serta mempunyai kesan lebam di bahagian kanan muka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.