fbpx
Now Reading
Didakwa Bunuh Isteri Dan Bayi, Lelaki Terpinga-pinga Ketika Pertuduhan Dibaca
Lelaki didakwa bunuh isteri dan bayi terpinga-pinga ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah

Didakwa Bunuh Isteri Dan Bayi, Lelaki Terpinga-pinga Ketika Pertuduhan Dibaca

Tertuduh yang kelihatan seperti terpinga-pinga semasa pertuduhan dibacakan telah didakwa dengan dua pertuduhan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki kelihat sungul dan terkelu sewaktu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bharu, pada hari ini (18 Julai).

Tertuduh, Mohammad Amir Nazri Mohd Adam, 24, dituduh dengan dua pertuduhan iaitu membunuh isteri dan bayinya di Kampung Bakar Batu pada 4 Julai yang lepas.

Terpinga-pinga semasa pertuduhan dibacakan

Memetik laporan Kosmo, dia kelihatan terpinga-pinga semasa jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Tertuduh yang juga seorang pencuci kapal kemudian menganggukkan kepalanya sebagai tanda memahami atas pertuduhan yang dibacakan.

Tidak ada sebarang pengakuan dari tertuduh

Namun, tiada sebarang pengakuan darinya yang dapat direkodkan.

Adiknya yang turut hadir di mahkamah juga terpaksa ditenangkan oleh keluarga tertuduh selepas pertuduhan dibacakan.

Didakwa dengan dua pertuduhan

Untuk pertuduhan pertama, Mohamad Amir Nazri telah didakwa membunuh sehingga menyebabkan kematian isterinya Hajar Nursyahirin Rosman berumur 26 tahun di kediaman di Jalan Dewasa, Kampung Bakar Batu.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh bayi lelakinya, Hans Mohamad Thaqeef yang berusia dua bulan lapan hari di tempat yang sama dan menyebabkan kematian.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, pada 4 Julai yang lalu, dia dituduh melakukan perkara tersebut di sebuah kediaman di Kampung Bakar Batu, Johor Bharu.

Hukum mati jika bersalah

Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, sekiranya disabit kesalahan.

Kes kemudian dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qayyum Ramlan, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazli serta Danial Munir sementara tertuduh tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Perintah dikeluarkan untuk bawa mangsa jalani pemeriksaan kesihatan mental

Majistret Mohd. Zulhilmi kemudiannya memerintahkan tertuduh agar dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Permai Johor Bahru, pada hari ini (18 Julai).

Sebelum ini, tertuduh telah ditahan pihak polis selepas dia mengelar isteri dan bayinya hingga mati sebelum dilaporkan melarikan diri dalam keadaan telanjang.

Lelaki itu kemudian ditahan di kawasan berdekatan kampung tersebut.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.