fbpx
Now Reading
Kedah Luluskan RUU Naikkan Had Umur Kahwin Kepada 18 Tahun

Kedah Luluskan RUU Naikkan Had Umur Kahwin Kepada 18 Tahun

Sekiranya ingin berkahwin di bawah umur 18 tahun mestilah membuat permohonan terlebih dahulu di mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Persidangan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah pada Isnin (18 Julai) telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.

Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat berkata, pindaan itu menetapkan had umur perkahwinan perempuan kini dinaikkan daripada 16 tahun menjadi 18 tahun.

Perlu mohon di mahkamah jika ingin berkahwin di bawah umur 18 tahun

Menurut Juhari, individu di bawah 18 tahun yang ingin berkahwin perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi tujuan itu.

“Kalau nak kahwin juga ada masalah apa pun boleh mohon melalui mahkamah, jika mahkamah mendapati calon itu perlu sangat dibenarkan walaupun dia umur 16 tahun boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah, kalau tanpa kebenaran mahkamah kena denda,” katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN di Wisma Darul Aman.

Penjara setahun atau denda RM3,000 jika poligami tanpa kebenaran

Dalam pada itu, Juhari berkata, pindaan RUU Enakmen Keluarga Islam turut melibatkan hukuman penjara dan denda bagi kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah di negeri itu.

Menurutnya, hukuman penjara setahun atau denda RM3,000 akan dikenakan berbanding hukuman terdahulu iaitu penjara enam bulan atau denda RM1,000.

Bagaimanapun, beberapa perkara akan dipertimbangkan dalam permohonan untuk perkahwin bawah 18 tahun kepada mahkamah tersebut, misalnya kes terlanjur, ujar Juhari.

Juhari turut mendapati terdapat beberapa kes di kawasan tertentu di mana pasangan muda bercerai hanya kerana isu yang kecil sahaja.

“Apabila bercerai, ramai jadi ibu tunggal dan ada anak (di usia muda). Jadi, perkara ini diambil kira dalam pindaan ini. Boleh berkahwin bawah 18 tahun dengan kebenaran mahkamah.”

Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.