fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Salam Tak Pandang Muka, Lelaki Tampar Jemaah Masjid [Video]

Hanya Kerana Salam Tak Pandang Muka, Lelaki Tampar Jemaah Masjid [Video]

Kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana bersalaman tidak memandang muka, seorang lelaki menampar kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam (19 Julai).

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada mangsa yang berusia 30-an.

Menurut Nor Omar, insiden yang terjadi usai solat Asar itu melibatkan mangsa, seorang anggota TLDM dan suspek iaitu pesara TLDM.

“Selepas selesai solat, mangsa bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum suspek tiba-tiba menampar belakang kepala mangsa dengan kuat hingga terkena telinga kanannya.

“Susulan itu mangsa mengalami sakit di bahagian belakang kepala dan telinga,” ujarnya.

Kerana tidak pandang muka ketika bersalam

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berpunca kerana mangsa didakwa tidak memandang muka suspek ketika sedang salam.

“Ia menyebabkan suspek yang juga pesara TLDM berusia 46 tahun berang dan beranggapan mangsa bersikap kurang ajar dengannya.”

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi

Tambahnya, kedua-dua pihak telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

@buletintv3

Ditampar gara-gara tak pandang muka ketika bersalam #kenatampar #penampar #buletintv3 #tular #beritaditiktok Sumber: Orang Awam

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Mangsa menarik semula laporan polis

“Mangsa dalam kes ini kemudiannya tidak mahu meneruskan siasatan dan sudah menarik semula laporan polis yang dibuat. Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Susulan itu, polis menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menularkan video berkenaan kerana kes itu sudah selesai,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman dari kamera litar tertutup yang menunjukan seorang lelaki bertindak menampar kepala seorang jemaah secara tiba-tiba selepas mereka bersalaman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.