fbpx
Now Reading
Lelaki Tunggang Motosikal Maut Diseret & Tersepit Di Tayar Kereta Myvi
Penunggang motosikal meninggal dunia diseret myvi

Lelaki Tunggang Motosikal Maut Diseret & Tersepit Di Tayar Kereta Myvi

Mangsa yang tidak sempat mengelak telah merempuh kenderaan Myvi di bahagian belakang kiri kereta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggangnya diseret oleh sebuah kenderaan dalam kemalangan di 58 Jalan Jementah-Muar, Segamat, Johor, pada petang semalam (19 Julai)).

Dalam insiden yang terjadi lebih kurang jam 2.30 petang tersebut, mangsa yang berumur dalam lingkungan 40-an dijumpai sudah meninggal dunia kerana tersepit pada tayar di bahagian belakang kenderaan berjenama Perodua Myvi.

Kereta Myvi dipandu oleh warga emas nak ke Segamat

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd.Noh memaklumkan, berdasarkan siasatan awal mendapati, kenderaan Myvi yang dibawa oleh seorang warga emas berumur 80-an itu sedang dalam perjalanan dari arah Jementah menuju ke Segamat.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang lelaki itu disyaki keluar secara tiba-tiba ke laluan kereta berkenaan.

“Penunggang tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian belakang kiri kereta tersebut sebelum terjatuh lalu terseret dan tersangkut pada tayar belakang,” jelasnya semasa dihubungi Kosmo.

Maut di lokasi kejadian

Menurut beliau, penunggang motosikal itu disahkan maut di lokasi kejadian selepas mangsa diperiksa oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Jementah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Jelasnya, polis turut meminta bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

Pihaknya turut meminta orang ramai yang mempunyai informasi berkenaan kemalangan tersebut turut untuk tampil membuat laporan di mana-mana balai atau Balai Trafik Segamat.

Foto: FB Polis Daerah Segamat

Kredit Foto: FB MyTasek Gelugor

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.