fbpx
Now Reading
Buat Pengakuan Bersalah, Lelaki Hina Islam Didenda RM50,000

Buat Pengakuan Bersalah, Lelaki Hina Islam Didenda RM50,000

Tertuduh difahamkan gagal membayar denda tersebut dan mungkin berdepan hukuman penjara 6 bulan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lelaki tular yang menimbulkan kontroversi dengan menghina Islam telah didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang pada Khamis, 21 Julai.

Mohd Nor’Muzil Mohd Razalli, seorang penghantar makanan berusia 39 tahun dijatuhi hukuman tersebut oleh Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil selepas dia yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi menghina agama Islam di laman YouTube pada minggu lalu.

Mungkin dipenjara 6 bulan kerana gagal bayar denda

Mahkamah dalam masa sama turut memerintahkan tertuduh untuk dikenakan hukuman penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Namun Harian Metro melaporkan tertuduh gagal membayar jumlah denda. Ini bermakna dia perlu menjalani hukuman penjara selama 6 bulan seperti yang diperintahkan Ahmad Rizki.

“Ia adalah perbuatan serius”

Sewaktu menjatuhkan hukuman, Hakim Ahmad Rizki berkata, perbuatan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

“Sebagai umat Islam, tertuduh perlu insaf atas kesalahan dan bertaubat atas apa yang dlakukan.

“Kesalahan ini serius kerana membabitkan sensitiviti agama dan menggugat keharmonian masyarakat di Malaysia serta hantaran video itu ditonton di seluruh dunia,” katanya.

Didakwa secara sedar membuat video jelik di YouTube

Mengikut pertuduhan Mohd Nor’Muzil didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik dengan niat mahu menyakiti hati orang lain di laman YouTube miliknya.

Perbuatan itu dilakukannya pada 16 Julai lalu dan dilihat pada hari yang sama pada jam 11.15 malam di hadapan Shell, Cyberjaya.

Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azizah Aling dalam hujahnya memohon mahkamah agar mengenakan hukuman yang setimpal memandangkan perbuatannya telah mencetus kemarahan orang ramai. Jelasnya, keadaan ini jika diabaikan mampu menggugat keamanan negara.

Baca artikel berkaitan :

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.