fbpx
Now Reading
Lelaki OKU Dijumpai Mati Tergantung Di Rumah
Lelaki OKU dijumpai mati tergantung pada kipas siling

Lelaki OKU Dijumpai Mati Tergantung Di Rumah

Mangsa telah ditemukan mati tergantung pada kipas siling di ruang tamu kediamannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang buta pada sebelah mata telah dijumpai tergantung pada kipas siling ruang tamu di kediamannya di Kampung Biluk, Banggu, Kota Bharu, semalam (20 Julai).

Mangsa yang berumur 33 tahun telah ditemukan dalam keadaan tergantung sekitar jam 9 malam dan perkara tersebut disyaki berlaku selepas terjadi perselisihan faham antara mangsa dengan isterinya pada Ahad (17 Julai) lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud, sebaik menerima informasi dari sistem talian kecemasan negara berhubung seorang individu menggantung diri, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian.

Tiada kecederaan atau kesan pergelutan dilaporkan

Jelas beliau, hasil pemeriksaan mendapati, mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan mahupun kesan pergelutan pada tubuh badannya.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan rumahnya juga tidak menjumpai sebarang perkara yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Berlaku perselisihan faham antara mangsa dan isteri

“Siasatan lanjut mendapati, berlaku perselisihan faham antara lelaki itu dan isterinya pada Ahad (17 Julai) lalu. Keadaan itu menyebabkan isterinya keluar dari rumah dan tinggal bersama nenek di Kampung Pengkalan Datu, Sering di sini,” jelasnya.

Sebaik dimaklumkan tentang insiden tersebut oleh seorang rakan suaminya, si isteri kemudian segera pulang ke rumah.

Mangsa tergantung pada kipas siling dekat ruang tamu

Tambahnya, setibanya isteri mangsa di kediaman dia mendapati suaminya telah tergantung pada kipas siling di bahagian ruang tamu rumah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.