fbpx
Now Reading
LHDN Tak Dibenar Akses & Periksa Akaun Pelanggan Firma Guaman – Mahkamah Persekutuan

LHDN Tak Dibenar Akses & Periksa Akaun Pelanggan Firma Guaman – Mahkamah Persekutuan

Menurut Ketua Hakim Negara, LHDN gagal memahami bahawa maklumat dalam akaun sedemikian dilindungi oleh kerahsiaan antara peguam dengan anak guamnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

LHDN Tak Dibenar Akses & Periksa Akaun Pelanggan Firma Guaman – Mahkamah Persekutuan


Mahkamah Persekutuan pada Rabu (21 Julai) mengetepikan rayuan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung hak untuk mengakses dan mengaudit akaun pelanggan yang diuruskan oleh mana-mana firma guaman.

Panel tujuh hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, LHDN gagal memahami bahawa maklumat dalam akaun sedemikian dilindungi oleh kerahsiaan antara peguam dengan anak guamnya.

Info akaun dan wang pelanggan adalah dilindungi

Jelasnya, segala isi kandungan berkaitan dengan akaun dan wang milik pelanggan adalah dilindungi oleh keistimewaan peguam-pelanggan.

“Justeru peguam tidak dibenar untuk mendedahkan atau memberikan isi kandungan akaun pelanggan kepada LHDN berdasarkan peruntukan Seksyen 126 Akta Keterangan 1950.

“Keistimewaan itu dimiliki pelanggan dan bukan peguam. Ia memerlukan pelanggan untuk mengetepikan keistimewaan itu agar peguam boleh memberikan kandungan akaun pelanggan kepada LHDN,” katanya.

Tiada keperluan untuk audit akaun pelanggan, kata Mahkamah Persekutuan

Sehubungan itu panel tujuh hakim sebulat suara menolak rayuan itu dan menegaskan tiada keperluan untuk mengaudit akaun bagi menentukan kuantum cukai yang akan dikenakan terhadap sesebuah firma peguam cara.

Tambah Tun Maimun, mahkamah turut berpandangan bahawa Seksyen 142(5) Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak mengetepikan Seksyen 126 Akta Keterangan yang menyatakan bahawa wang milik seorang pelanggan adalah dilindungi oleh keistimewaan peguam-pelanggan.

Terdahulu sekitar Disember tahun lalu, media melaporkan LHDN kini mempunyai kuasa untuk mengakses maklumat akaun bank pembayar cukai.

LHDN kemudiannya memaklumkan tindakan mendapatkan maklumat akaun bank pembayar cukai hanya akan dilakukan bagi kes yang melibatkan perintah garnisi atas kebenaran mahkamah.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.