fbpx
Now Reading
Myvi Milik Guru Tuisyen Terbakar, Disyaki Angkara Ah Long

Myvi Milik Guru Tuisyen Terbakar, Disyaki Angkara Ah Long

Mangsa pergi memeriksa kereta menemui nota yang bertulis nama ‘Ong Teck Xiang’ beserta alamat rumahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kereta Perodua Myvi milik seorang guru pusat tuisyen di Taman Baiduri, Seremban, terbakar pada bahagian bumper belakang disyaki kerana perbuatan ah long.

Kejadian yang berlaku ketika mereka sekeluarga sedang tidur pada jam 4.16 pagi itu hanya disedari Lee Mei Ching, 54, selepas terdengar bunyi hon kereta dan lonceng rumahnya ditekan beberapa kali.

“Saya terjaga selepas dengar bunyi hon kereta dan loceng rumah ditekan beberapa kali.

“Apabila saya tengok di luar, kereta Perodua Myvi saya yang diparkir dalam garaj sedang terbakar pada bahagian bumper belakang sebelum berjaya dipadamkan,” katanya kepada media pada Rabu.

Menurutnya, sebaik memeriksa, terdapat serpihan plastik yang terbakar ditinggalkan di atas bumbung kereta Myvi tersebut.

Menjumpai nota tertera nama ‘Ong Teck Xiang’

Ujarnya, terdapat juga nota yang tertera nama ‘Ong Teck Xiang’ beserta alamat rumahnya.

“Dalam nota itu turut meminta menghubungi nombor WhatsApp Simon. Saya tak kenal dia siapa dan rasanya ada orang yang menggunakan identiti dan alamat rumah saya untuk meminjam wang.

“Saya secara peribadi tidak pernah meminjam wang dengan sesiapa atau mempunyai perselisihan faham dengan sesiapa,” katanya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri Sembilann, Asisten Komisioner Muhammad Izzudin Runggai mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.