fbpx
Now Reading
Penganggur Hina Islam Guna Rakaman Audio Di WhatsApp Berjaya Ditahan [Video]

Penganggur Hina Islam Guna Rakaman Audio Di WhatsApp Berjaya Ditahan [Video]

Menerusi rakaman audio yang tersebar di aplikasi WhatsApp, suspek yang menghina agama Islam turut memaki hamun beberapa individu lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menghina agama Islam serta beberapa individu lain melalui rakaman audio yang tersebar sejak Isnin lalu (18 Julai).

Suspek yang juga seorang penganggur dan duda berusia 59 tahun ditahan pada jam 1.00 pagi di rumahnya di Chendering, Terengganu.

Rakaman audio dibuat pada tahun 2021, tapi tersebar tahun ini

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan awal mendapati rakaman audio itu dilakukan pada tahun lepas (2021) namun baru disebarkan pada tahun ini.

Menurut Rohaimi, seorang individu yang menyedari kewujudan rakaman audio tersebut kemudiannya membuat laporan polis pada Selasa malam (19 Julai) hingga membawa kepada penangkapan suspek.

“Rakaman ini adalah ulangan daripada yang telah berlaku pada tahun lalu dan ditularkan semula oleh individu tertentu.

“Menerusi rakaman audio itu, kita dapat mendengar suara seorang lelaki memaki hamun kepada individu tertentu termasuk agama Islam.

“Tindakan suspek adalah penghinaan bukan saja kepada agama Islam tetapi boleh mendatangkan ketidakharmonian kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

@nooname_032

Allahuakhbar😭tolong lh cari org ni😭x sanggup dh nk dgr gpe ye oyk😭sakit hati sgt😭#fypシ #viral #bangkitwahaiumatislam

♬ bunyi asal – ๛VIPメaus〆 – auss_shaa

Suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk dadah

Tambahnya, suspek yang turut mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk penyalahgunaan dadah direman selama empat hari bermula Selasa untuk siasatan lanjut.

Selain itu, suspek yang positif dadah jenis methamphetamine itu disiasat mengikut Seksyen 298 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita memandang serius isu sebegini dan orang orang ramai diingatkan supaya tidak menjadikan agama sebagai jenaka kerana ia boleh menyebabkan perpecahan dan menimbulkan situasi tidak harmoni dalam kalangan masyarakat.”

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa

Kredit gambar: TikTok nooname_032

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.