Dianugerahkan ‘Asia Best Awards 2022’, Langkawi Tersenarai Sebagai Pulau Terbaik Di Asia Tenggara

Langkawi merupakan sebuah pulau yang sering menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Malah, baru-baru ini kawasan yang terdiri dari gugusan 99 pulau di luar pantai Kedah itu telah dianugerahkan ‘Asia Best Awards 2022’ di peringkat antarabangsa.

Dinobatkan sebagai Pulau Terbaik di Asia Tenggara

Bukan itu sahaja, pulau itu juga dinobatkan sebagai antara Pulau Terbaik di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib memaklumkan anugerah tersebut menunjukkan usaha dan dedikasi berterusan pihaknya khususnya sewaktu pandemik berlangsung di mana pelancong di pulau itu berada pada tahap yang tidak memuaskan.

Four Seasons Resort Langkawi turut terima anugerah

Selain dari kejayaan tersebut, pulau ini turut menerima satu lagi berita gembira apabila Four Seasons Resort Langkawi turut merangkul anugerah The Best Beach and Upcountry Hotel In Malaysia 2022.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami tetap optimis dan memikul tanggungjawab untuk memastikan pulau ini berdaya tahan dalam perjalanannya ke arah pemulihan dan kekal menjadi destinasi pelancongan pilihan ramai,” katanya.

LADA mainkan peranan penting pastikan Langkawi jadi destinasi pelancong taraf dunia

Kata beliau, sebagai perintis dalam pembangunan pelancongan Langkawi, LADA telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam memastikan Langkawi menjadi satu destinasi pelancongan yang bertaraf dunia sehingga terkenal seperti sekarang.

Sementara itu, Nasaruddin memaklumkan pihaknya turut menjangka lebih ramai lagi pelancong antarabangsa yang akan datang kerana ia membuka peluang untuk menggiatkan semula ekonomi serta dalam masa sama dapat merangsang pendapatan masyaraka setempat.

Beri tumpuan pada empat komponen

“Bagi merealisasi hasrat ini, kami memberi tumpuan kepada empat komponen utama iaitu Pelancongan Leisure (Antarabangsa & Domestik), Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) dan Acara Pelancongan.

“Pelan tindakan kami merangkumi mempromosikan pelancongan berkonsepkan hijau, mencipta pengalaman dan bertanggungjawab, insentif seperti membeli-belah bebas cukai dan mewujudkan tempat yang menarik untuk Instagram bagi memastikan kami dapat mengekalkan kedudukan kami sebagai satu daripada pulau terbaik di Asia Tenggara,” jelas Nasaruddin.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

20 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

20 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

20 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

22 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

22 hours ago