fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Tak Suka Makan Nasi, Budak Empat Tahun Didera Ibu Angkat [Video]
kerana enggan makan nasi, budak empat tahun dicederakan ibu bapa angkat

Hanya Kerana Tak Suka Makan Nasi, Budak Empat Tahun Didera Ibu Angkat [Video]

Kanak-kanak tersebut yang merupakan anak kepada warganegara Indonesia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri selain kelahirannya tidak didaftarkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara enggan makan nasi, sepasang suami isteri telah bertindak kejam dengan mencederakan seorang kanak-kanak berumur empat tahun.

Mangsa dikatakan dipukul dengan menggunakan penyangkut baju, penyapu dan kadang-kandang dicucuh dengan pemetik api.

Laporan diterima dari seorang lelaki

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan, laporan berkaitan insiden itu sudah diterima polis daripada seorang lelaki pada jam 12.40 tengah malam.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 18 Julai lalu di sebuah rumah di Taman Perumahan di Beranang. Mangsa adalah anak angkat kepada suami isteri itu yang dicederakan atau didera pasangan terbabit.

Insiden berlaku kerana mangsa tak suka makan nasi

“Siasatan awal mendapati kejadian disebabkan mangsa tidak suka makan nasi. Suspek memaksa mangsa menelan nasi sehingga termuntah serta kanak-kanak ini dikatakan hyper-aktif,” jelasnya.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, mangsa adalah anak kepada warganegara Indonesia dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

@theaqil7

⚠️CHILD ABUSE⚠️ tolong gunakan kuasa korang !!!

♬ original sound – AQIEL

Kanak-kanak itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri

“Kelahiran mangsa tidak pernah didaftarkan dan tiada apa-apa dokumen pengenalan diri. Mangsa diserahkan kepada suspek untuk dijaga sejak April lalu kerana ibu kandungnya tidak mampu menjaganya.

“Mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan. Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan,” jelas Mohd Zaid.

@theaqil7 Replying to @mmuizzuddin._ #justiceforalia ♬ original sound – AQIEL

Suami isteri telah ditahan polis

Tambahnya lagi, kedua-dua suspek yang berumur dalam lingkungan 28 dan 30-an tersebut telah ditahan polis pada hari ini (22 Julai).

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor K Suresh ditalian 017-433 3795,” katanya lagi.

Info Kes Penderaan Kanak-Kanak

Sesiapa sahaja yang mengetahui, atau mengesyaki, mana-mana kanak-kanak dalam bahaya atau berisiko untuk didera dan diabai boleh melaporkannya kepada pegawai pelindung kanak-kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM) atau menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital yang berdekatan.

Selain itu anda juga boleh melaporkannya kepada mana-mana balai polis atau ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak/ Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan.

Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040

Bagi memudahkan urusan laporan, sediakan :

Nama kanak-kanak
Lokasi/alamat
Sebab-sebab disyaki penderaan
Nama anda dan cara menghubungi, jika boleh, supaya JKM boleh menghubungi semula sekiranya gagal menemui kanak-kanak terbabit

Kredit foto: Pexels

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.