fbpx
Now Reading
“Pendirian Kita Cukup Tegas..” – Ahli Parlimen Pembangkang Mahu Isu Tuntutan Kumpulan Sulu Tetap Dibahas

“Pendirian Kita Cukup Tegas..” – Ahli Parlimen Pembangkang Mahu Isu Tuntutan Kumpulan Sulu Tetap Dibahas

Menurut Presiden Parti Warisan itu, isu mengenai tuntutan Kumpulan Sulu bukan hanya sekadar pergolakan negara, tetapi ia juga melibatkan keselamatan negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Satu sesi taklimat yang melibatkan ahli Parlimen daripada kerajaan dan pembangkang mengenai tuntutan Kumpulan Sulu difahamkan telah diadakan secara tertutup di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada Khamis malam, 21 Julai.

Kebanyakan Ahli Parlimen yang hadir ke mesyuarat yang berlangsung selama dua jam sejak jam 11.00 malam itu bagaimanapun enggan mendedahkan butiran taklimat disebabkan terikat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), laporan Berita Harian.

Foto: Malaymail

Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika ditemui media berkata, beliau serta beberapa Ahli Parlimen yang lain masih inginkan isu tentang tuntutan Kumpulan Sulu itu dibahaskan di Dewan Rakyat.

Melibatkan keselamatan negara

“Taklimat tadi, kita bukan hanya berbincang dan menyuarakan tentang perlunya perbahasan diadakan berkenaan apa yang perlu disuarakan itu. (Perkara itu) bukan rahsia pun.

“Pendirian kita cukup tegas, bukan dalam konteks kita katakan bahawa perkara ini tentang pergolakan negara, tetapi di samping itu ia membabitkan keselamatan negara. Jadi kita mahukan perbahasan,” katanya.

Wartawan tak dibenarkan buat liputan kerana terikat dengan OSA

Sebelum ini, petugas media diarahkan tidak membuat liputan mengenai taklimat tertutup untuk Ahli Parlimen di hotel terbabit dengan alasan terikat OSA.

Seorang pegawai kerajaan berkata, wartawan di lokasi juga tidak dibenarkan menghampiri Ahli Parlimen dengan soalan mengenai taklimat berkenaan serta menegaskan tiada sidang media akan diadakan mengenainya.

Senarai Ahli Parlimen yang hadir tidak dimaklumkan

menurut pagawai sama, isi kandungan taklimat itu tertakluk mengikut OSA, malah senarai Ahli Parlimen yang hadir juga tidak akan dimaklumkan kepada media.

Foto: Malaymail

Bagaimanapun, media yang menunggu di hotel tersebut mengenal pasti kehadiran beberapa menteri antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Wisma Putra ambil maklum butiran yang diusulkan

Sementara itu, Saifuddin ketika ditemui hanya memaklumkan perbincangan berlangsung dengan baik dan Wisma Putra mengambil maklum butiran yang diusulkan Ahli Parlimen.

Ditanya mengenai hasrat Shafie, Saifuddin berkata, ia perlu ditanya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kerana beliau yang mempengerusi taklimat itu.

Pagi semalam, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching turut menyelar tindakan kerajaan kerana membuat taklimat mengenai isu terbabit secara tertutup berbanding di Dewan Rakyat.

Nie Ching mendakwa beliau dan anggota Dewan Rakyat yang lain mendapat surat jemputan berstatus sulit untuk sesi taklimat tertutup berhubung isu itu di Hotel Seri Pacific.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menyatakan tiada keperluan untuk membahaskan tindakan undang-undang yang difailkan Kumpulan Sulu di Mahkamah Timbang Tara secara terbuka di Parlimen Negara, kerana ia akan menjurus kepada subjudis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.