fbpx
Now Reading
Bangunan Mural ‘Air Kopi O Ikat Tepi’ Dirobohkan Ikut Perjanjian Awal Dengan Pemilik – Datuk Bandar Ipoh
Mural Air Kopi O Ikat Tepi dirobohkan ikut perjanjian

Bangunan Mural ‘Air Kopi O Ikat Tepi’ Dirobohkan Ikut Perjanjian Awal Dengan Pemilik – Datuk Bandar Ipoh

Mural popular ‘Air Kopi O Ikat Tepi’ tersebut dirobohkan bertujuan untuk memberi laluan kepada pembinaan hotel.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seni mural ‘Air Kopi O Ikat Tepi’ di Ipoh yang menjadi tarikan pelancong dan dihasilkan pelukis terkenal Lithuania, Ernest Zacharevic dirobohkan berdasarkan perjanjian awal pemilik bangunan tersebut.

Bangunan adalah milik persendirian

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memaklumkan, aktiviti merobohkan bangunan itu tidak dapat dihalang oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ekoran bangunan tersebut adalah milik persendirian

“Kita tidak boleh (halang roboh) sebab ia perjanjian dua pihak antara pemilik bangunan dan pelukis itu.

“Difahamkan perjanjian itu bertempoh, seperti dalam konsep pemasaran yang mana kita membenarkan ia dalam tempoh berapa tahun dan selepas itu bergantung kepada mereka,” jelasnya.

Setakat ini hanya mural ‘Air Kopi O Ikat Tepi’

Sewaktu ditanya adakah terdapat lagi bangunan lain yang akan dirobohkan untuk tujuan pembangunan, beliau menjelaskan buat masa ini hanya bangunan Air Kopi O Ikat Tepi sahaja.

Ulasnya lagi, MBI akan menambah lebih banyak lagi lukisan di masa hadapan. Ini kerana mural merupakan sebahagian daripada pemasaran dalam menggerakkan Ipoh ke arah bandar pelancongan..

Akan tambah banyak lagi mural di masa akan datang

“Mural ini kita akan tambah lagi, memang dalam perancangan kita untuk menggerakkan bagi memperbanyakkan lagi mural di Ipoh ini.

“Mungkin selepas ini pelukis lain pula, pelukis ini selepas satu tempoh kita kena berubah mengikut trend baharu, dalam konsep pasaran sentiasa perlu pada perubahan,” katanya lagi.

Dirobohkan untuk beri laluan pembinaan hotel

Sebelum ini, media melaporkan bahawa mural Air Kopi O Ikat Tepi itu dirobohkan bertujuan untuk memberi lalukan kepada pembinaan hotel.

Mural yang dirobohkan itu menunjukkan antara cara bagaimana minuman tersebut diminum di negara ini iaitu dalam beg plastik yang diikat dengan tali, malah bangunan tersebut menjadi tarikan pelancong dengan adanya lukisan itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.