fbpx
Now Reading
Lelaki Terperangkap Selama 4 Jam Dalam Tangki Septik Sekolah Sains Di Johor Gara-Gara Tanah Runtuh
Lelaki terperangkap dalam tangki septik selama 4 jam

Lelaki Terperangkap Selama 4 Jam Dalam Tangki Septik Sekolah Sains Di Johor Gara-Gara Tanah Runtuh

Mangsa yang berumur 44 tahun itu sedang menjalankan tugas baik pulih loji sebelum tertimbus dan terperangkap di tempat kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berpantang ajal sebelum maut. Itu yang terjadi kepada seorang lelaki apabila tertimbus lebih empat jam dalam satu insiden tanah runtuh di Sekolah Menengah (SM) Sains Kota Tinggi, Johor, pada petang semalam (24 Julai).

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamoran, mangsa yang berumur 44 tahun bagaimanapun dalama keadaan stabil selepas berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Lelaki tersebut sedang baik pulih loji kumbahan

Jelas beliau, polis menerima satu laporan berhubung insiden tersebut pada jam 2.40 petang membabitkan seorang pekerja yang sedang melakukan kerja baik pulih loji kumbahan di sekolah berkenaan.

Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai kanan serta anggota polis dari Balai Polis Bandar Penawar telah dikerahkan bagi memantau keadaan di lokasi kejadian.

Hussin Zamora berkata, operasi menyelamat itu juga telah dibantu oleh Jabatan Bomba serta Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba Bandar Penawar dan Balai Bomba Sebana Cove, pasukan perubatan dan syarikat kontraktor tersebut.

Seramai empat orang pekerja tengah jalan kerja baik pulih

“Hasil siasatan yang dijalankan seramai empat orang pekerja syarikat sedang menjalankan kerja-kerja membaik pulih loji kumbahan di sekolah itu.

“Di mana semasa proses kerja dijalankan, tanah di tepi tangki loji kumbahan telah runtuh atau terjerlus menyebabkan seorang mangsa terperangkap dan tertimbus hingga ke paras pinggang.

Tiga sempat selamatkan diri

“Manakala tiga lagi pekerja sempat menyelamatkan diri. Mangsa merupakan lelaki tempatan berumur 44 tahun berada dalam keadaan stabil,” jelasnya.

Dalam masa sama Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasaan Bomba Masri Ibrahim memaklumkan, peralatan khas telah digunakan bagi mengeluarkan mangsa.

Tambahnya lagi, mangsa yang telah diselamatkan serta mengalami kecederaan kemudian telah dirujuk kepada pihak perubatan bagi tindakan lanjut.

Kredit foto: Traffic Info Crew

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.