fbpx
Now Reading
“Sendiri Salah Kot” – Netizen Bahan Remaja ‘Buta Signal’ Salahkan Pemandu Selepas Terlibat Kemalangan [Video]

“Sendiri Salah Kot” – Netizen Bahan Remaja ‘Buta Signal’ Salahkan Pemandu Selepas Terlibat Kemalangan [Video]

Menerusi rakaman terbabit, selain daripada menunggang motosikal secara melulu, pembonceng di belakang juga kelihatan tidak memakai topi keledar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (25 Julai) tular satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan sebuah kenderaan yang ingin memasuki simpang jalan dirempuh oleh dua orang remaja yang sedang menunggang motosikal dari arah belakang.

Apa yang lebih mengejutkan, remaja yang menunggang motosikal terbabit menyalahi pemandu kereta tersebut tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di grup Facebook DashCam Owners Malaysia, kelihatan dari rakaman tersebut motosikal yang ditunggangi oleh dua remaja terbabit dibawa agak laju.

Di dalam video sama, jelas kedengaran bunyi lampu isyarat belok (signal) juga sudah lama diberikan oleh pemandu kereta terbabit.

Bagaimanapun, penunggang motosikal terbabit tetap menyalahi pemandu kereta itu dan cuba menafikan kesalahan dirinya yang menunggang secara melulu dan membawa pembonceng tanpa topi keledar.

Salahkan pemandu yang bagi signal

“Kak! Apa ni kak bagi signal ni kak” ujar remaja terbabit tanpa rasa bersalah.

“Saya bagi signal sebab saya nak masuk (simpang),” jelas pemandu tersebut.

“Saya tak nampak kak, saya dah jalan dah tadi kak,” ujarnya lagi yang enggan mengaku kesalahannya.

Jika tiada bukti rakaman ‘dashcam’ dari bahagian belakang kereta ini, sudah pasti ramai yang akan beranggapan pemandu kereta tersebut memasuki simpang tanpa memberi signal.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan remaja terbabit yang cuba menyalahkan pemandu tersebut walaupun jelas sekali kesalahan dirinya.

Kredit gambar: FB DashCam Owners Malaysia

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.