fbpx
Now Reading
Cubaan Menyorok Bawah Katil Tak Menjadi, Pasangan Baru Kenal Tak Sampai 24 Jam Dicekup Berkhalwat

Cubaan Menyorok Bawah Katil Tak Menjadi, Pasangan Baru Kenal Tak Sampai 24 Jam Dicekup Berkhalwat

Lelaki berusia 24 tahun dan berasal dari Perak itu ditemukan bersembunyi di bawah katil oleh anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika serbuan dijalankan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cubaan seorang lelaki menyorokkan diri di bawah katil tidak menjadi apabila dia dicekup berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kulim, Kedah.

Lebih mengejutkan apabila lelaki berkenaan yang berstatus suami orang ditahan bersama wanita tersebut yang baru sahaja dikenalinya tidak sampai 24 jam.

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki tersebut yang berusia 24 tahun dan berasal dari Perak ditemukan bersembunyi di bawah katil oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) ketika serbuan dijalankan pada Selasa (26 Julai), jam 10.15 malam.

Berkenalan di laman media sosial tidak sampai 24 jam

Kedua-dua mereka dipercayai baru sahaja berkenalan menerusi sebuah laman media sosial sebelum akhirnya bertemu.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad kedatangan lelaki ini ke Kulim adalah atas urusan kerja sebelum dia akhirnya bertemu dengan wanita tersebut.

Hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen bagi membuktikan status hubungan mereka sama ada pasangan suami isteri atau mahram.

Dibawa ke balai polis dan kini disiasat

Sehubungan itu pasangan ini telah dibawa ke balai polis untuk dibuat laporan tangkapan dan kemudiannya diambil keterangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Dalam pada itu, Anwar Shariffudin memaklumkan pihak PADK akan terus melakukan pemantauan di daerah tersebut khususnya di kawasan ‘hotspot’ yang disyaki sering menjadi tumpuan pasangan yang tiada ikatan suami isteri atau mahram bagi membanteras kegiatan maksiat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.