fbpx
Now Reading
“Nak Ternak Atau Basmi?” – Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Tak Mahu Golongan Asnaf Terus Dimanjakan

“Nak Ternak Atau Basmi?” – Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Tak Mahu Golongan Asnaf Terus Dimanjakan

Menurutnya, golongan seperti ini seharusnya dibantu untuk menceburi bidang-bidang tertentu agar mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom menegaskan golongan asnaf tidak patut dimanjakan dengan hanya bantuan kewangan, sebaliknya sikap dan pemikiran mereka perlu diubah.

Menurut laporan Sinar Harian, Zainal berkata, golongan asnaf seharusnya dibantu untuk memajukan diri seperti menceburi bidang tertentu yang dapat membantu mereka untuk menjana wang dan keluar dari kemiskinan.

“Sekarang ini kita nak ‘ternak’ atau kita nak basmi? Kalau kita ternak, lama kelamaan mereka akan jadi semakin manja.

“Ia sehinggakan bila YBK mahu mencari orang bekerja mengutip cili pun semuanya tidak mahu kerana mereka kata telah dapat bantuan setiap bulan,” katanya ketika ditemui pada Program Muzakarah Zakat Kebangsaan di Negeri Sembilan semalam (26 Julai).

Institusi zakat perlu diberi kuasa penuh

Foto: FB YBK

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, institusi zakat perlu diberi kuasa penuh untuk mentadbir tanpa campur tangan daripada mana-mana pihak.

“Pihak pentadbir zakat di seluruh negara sewajarnya diberi ruang untuk berfungsi dalam bidang tersendiri dengan mengutamakan kepentingan dan keperluan segera para asnaf.

“Janganlah pusat zakat itu diletakkan dalam pentadbiran yang ada lebih kuasa daripada pusat zakat itu sendiri dan paling penting wang zakat itu perlu dilindungi dan tidak boleh digunakan untuk tujuan lain,” ujarnya.

Beliau mendakwa, ada sesetengah negeri yang terbengkalai dalam pembahagian wang zakat kerana kurang mendapat perhatian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.