fbpx
Now Reading
Rogol Pembantu Rumah: ADUN Tronoh, Paul Yong Didapati Bersalah

Rogol Pembantu Rumah: ADUN Tronoh, Paul Yong Didapati Bersalah

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan pertuduhan ke atas Paul Yong tanpa keraguan munasabah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini (27 Julai) memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, 57, didapati bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumahnya yang juga seorang warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan pertuduhan ke atas Paul Yong tanpa keraguan munasabah.

Dia yang juga Bendahari Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM) kini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun selain kemungkinan sebatan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan di atas kesalahan tersebut.

Dituduh rogol pembantu rumah di bilik tingkat atas rumahnya pada 2019

Mengikut pertuduhan, Paul Yong didakwa merogol pembantu rumahnya, seorang gadis berusia 23 tahun di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya, Ipoh antara jam 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Mahkamah Tinggi pada 6 Disember lalu mengarahkan Paul Yong untuk memasukkan pernyataan pembelaan selepas pasukan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Sebelum ini, kes membabitkan bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak itu disebut di Mahkamah Sesyen, namun Mahkamah Persekutuan pada 15 Disember 2020 membenarkan permohonan pembelaan yang meminta perbicaraan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.