fbpx
Now Reading
Suami Isteri Dera Anak Angkat Guna Penyapu Mengaku Bersalah, Didenda RM20,000 Setiap Seorang

Suami Isteri Dera Anak Angkat Guna Penyapu Mengaku Bersalah, Didenda RM20,000 Setiap Seorang

Pendakwaan terhadap kedua-dua suspek di buat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan suami isteri yang tular mengenai penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun hari ini (27 Julai) didenda RM20,000 setiap seorang oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi.

Hukuman itu dijatuhkan selepas kedua-dua mereka iaitu Amira Hamzah, 28, dan suaminya, Muhammad Fitri Jasmani Josmani, 30, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.

Mahkamah turut memerintahkan pengasas kosmetik itu dan suaminya yang juga warga Singapura dipenjara 12 bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Pendakwaan terhadap kedua-dua suspek dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman yang memaparkan seorang wanita memukul anak angkatnya dengan menggunakan sebatang penyapu hanya kerana kanak-kanak tersebut enggan makan.

Selain dipukul menggunakan penyapu, kanak-kanak malang itu turut dipercayai dicucuh dengan pemetik api.

Berikutan kejadian itu, sepasang suami isteri telah ditahan oleh pihak polis pada 22 Julai lalu kerana didakwa atas kesalahan mendera kanak-kanak.

Berdasarkan siasatan, mangsa merupakan anak kepada warga Indonesia dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri sebelum diserahkan di bawah penjagaan suspek sejak April lalu kerana ibu kandung tidak mampu menjaganya.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.