“Tak Perlu Laporan Polis” – Orang Ramai Puji Sikap Terbuka Tengku Hassanal Berhubung Karya Satira Fahmi Reza
Tengku Hassanal turut menyatakan bahawa baginda sebenarnya menyukai karya grafik tersebut dan berterima kasih kepada pemiliknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam (26 Julai) tular di media sosial apabila Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memuat naik semula di Instagram (IG) stories rasminya mengenai karya grafik satira yang dibuat oleh aktivis dan kartunis kontoversi, Fahmi Reza.
Sehubungan dengan itu, Fahmi Reza yang merupakan pemilik akaun @Kuasasiswa dilihat memuat naik satu lagi hantaran memuji sikap terbuka Tengku Hassanal berhubung satira tersebut sekaligus membidas golongan yang gemar membuat laporan polis secara melulu.
“Anak raja Pahang ‘steady’ saja kongsi karya grafik satira aku. Pengampu istana dan kaki ‘report’ polis saja yang cepat gelabah,” tulisnya di kapsyen IG.
Tidak lama kemudiannya, Tengku Hassanal dilihat memuat naik satu lagi Stories memaklumkan baginda menyukai karya grafik tersebut.
“Tak perlu laporan polis” – Tengku Hassanal
Baginda turut menegaskan tidak perlu membuat laporan polis mengenai karya grafik satira yang ditujukan khas kepadanya serta berterima kasih kepada pemilik karya itu.
“Terima kasih, tak perlu buat laporan polis, saya sebenarnya suka grafik ini,” tulis baginda di kapsyen IG stories.
Menerusi semakan di media sosial, rata-rata rakyat Malaysia dilihat memuji sikap dan penerimaan baginda yang disifatkan tidak mengambil hati terhadap satira tersebut.
Malah ramai turut memuji keputusan baginda yang tidak mahukan sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap Fahmi.
Karya grafik satira mengenai isu Tasik Chini
Terdahulu, Fahmi Reza memuat naik satu karya grafik satira yang memperlihatkan seorang individu dipercayai Pemangku Raja Pahang sedang melakukan push up sambil mengaitkannya dengan Tasik Chini yang bakal kehilangan status world heritage dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Seperti kebiasaan, karya grafik satira yang melibatkan golongan diraja pasti akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana segilintir individu yang melihat karya itu akan membuat laporan polis.