fbpx
Now Reading
Dapat Sokongan Lebih 2/3, Dewan Rakyat Luluskan RUU Anti Lompat Parti

Dapat Sokongan Lebih 2/3, Dewan Rakyat Luluskan RUU Anti Lompat Parti

Sewaktu pengumuman, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan seramai 209 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 11 lagi Ahli Parlimen tidak hadir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akhirnya selepas beberapa lama menjadi perdebatan, Dewan Rakyat pada petang Khamis, 28 Julai, sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) anti-lompat parti.

RUU membabitkan peruntukan larangan Ahli Parlimen (MP) bertukar parti itu diluluskan perbahasan selama dua hari bermula semalam melalui undian belah bahagian oleh 220 Ahli Parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat.

209 Ahli Parlimen setuju, 11 tidak hadir

Sewaktu pengumuman, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan seramai 209 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 11 lagi Ahli Parlimen tidak hadir.

“Tahniah kepada seluruh Ahli Parlimen kerana telah mencatat sejarah,” katanya.

Sebagai info, penggubalan akta anti-lompat parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Justeru bagi merealisasikannya Dewan Rakyat memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 2/3 atau 148 Ahli Parlimen.

Hilang kerusi jika lompat parti

RUU berkenaan antaranya menetapkan seseorang MP yang dipilih rakyat pada pilihan raya akan hilang kerusi yang dimenanginya secara automatik jika wakil rakyat itu bertindak melompat parti.

Namun pengecualian akan diberikan sekiranya MP itu dipecat dari partinya atau parti yang dianggotainya terbubar dan dibatalkan pendaftaran.

Pembentangan RUU anti-lompat parti ini juga adalah salah satu dari syarat utama sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama ahli parlimen pembangkang di bawah payung Pakatan Harapan (PH).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.