fbpx
Now Reading
“Jangan Viral Okay” – Mak Wan Latah Didakwa Di Mahkamah Kerana Ludah Pembantu Peribadi

“Jangan Viral Okay” – Mak Wan Latah Didakwa Di Mahkamah Kerana Ludah Pembantu Peribadi

Mahkamah turut menetapkan untuk kes disebut semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 5 September hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon veteran, Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, memberi amaran agar dirinya tidak ditularkan ketika ingin memasuki kamar bicara mahkamah hari ini (28 Julai).

“Jangan viral (tular) okay,” demikian amaran Halimatussa’diah yang juga dikenali sebagai Mak Wan Latah kepada petugas media yang sedang merakam dirinya.

Pelakon veteran itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping, Perak atas pertuduhan melakukan aib iaitu meludah dengan tujuan mencetuskan kemarahan terhadap seorang wanita pada Jun lalu.

Mak Wan mengaku tidak bersalah

Bagaimanapun, Mak Wan mengaku tidak bersalah keatas pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Nur ‘Atiqah Sapari.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mak Wan didakwa dengan sengaja meludah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28 tahun, yang juga pembantu peribadinya di Kampung Titi Kasai, Batu Kurau pada 24 Jun lalu, kira-kira 7.00 malam.

Denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 14 Akta Keslahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya, menawarkan jumlah jaminan RM5,000 terhadap tertuduh sebelum Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.

Ia selepas peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebngsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh, T Selvadoray meminta mahkamah mengambil kira pendapatan tertuduh yang tidak menentu kerana bekerja sambilan selain merupakan ibu tunggal kepada empat anak.

5 September sebutan semula kes

Mahkamah turut menetapkan untuk kes disebut semula bagi serahan dokumen dan lantikan peguam pada 5 September hadapan.

Terdahulu, BuzzKini melaporkan Mak Wan Latah telah bertindak membuat satu laporan polis di Balai Polis Taiping untuk mempertahankan maruahnya dari terus diperkotak-katikkan oleh seorang wanita yang juga merupakan kenalan rapatnya.

Mak Wan memaklumkan laporan polis itu terpaksa dibuat susulan perbuatan wanita tersebut yang pernah memukul, menendang serta mengugut untuk membunuhnya.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.