fbpx
Now Reading
Kenderaan Pengiring Potong Di Garisan Berkembar Dalam Tugas – Polis Kelantan

Kenderaan Pengiring Potong Di Garisan Berkembar Dalam Tugas – Polis Kelantan

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan itu, ketika kejadian, kenderaan pengiring tersebut sedang menjalankan tugas mengatur dan mengawal mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Kelantan mengesahkan rakaman dashcam yang tular baru-baru ini membabitkan kenderaan polis mengiring dua buah trak tunda dan sebuah pikap memotong di garisan berkembar berlaku di Jalan Gua Musang-Kota Bharu, Kelantan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketika kejadian, kereta pengiring telah membunyikan siren dan menyalakan lampu kecemasan serta memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain.

Tambahnya, semasa kejadian, kereta pengiring tersebut mendapat arahan dan pergerakan yang sah untuk mengiring kenderaan berkenaan, namun terdapat sedikit kekeliruan di kalangan pengguna jalan raya mengenai perkara itu.

Dalam tugas mengatur dan mengawal mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967

“Persoalan orang ramai mengenai video yang tular adalah kereta pengiring itu mengundang bahaya. Sebenarnya, kereta pengiring itu menjalankan tugas mengatur dan mengawal mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam.

“Ini bermakna, pengguna jalan raya yang lain perlu memberi kerjasama sama ada memperlahankan kenderaan, memberi laluan kepada kereta pengiring atau berhenti bagi mengelakkan sesuatu berlaku.

“Kenderaan pengiring ada peraturan tersendiri malah mereka tidak boleh sewenang-wenangnya kerana sedang bertugas. Saya tidak menyalahkan sesiapa, namun mungkin ramai yang masih keliru dengan perkara tersebut,” katanya di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan semalam (27 Julai).

Tugas polis pengiring tidak sama seperti pengguna jalan raya yang lain

Menurutnya lagi, pengguna jalan raya harus sentiasa memberi kerjasama apabila melihat kenderaan pengiring polis di atas jalan, ini kerana tugas mereka tidak seperti pengguna yang lain.

Terdahulu, tular di laman Twitter satu rakaman dashcam yang diambil dari Facebook memperlihatkan sebuah kereta pengiring polis memotong di garisan berkembar di sebuah jalan.

Perbuatan kereta peronda itu yang sedang mengiringi dua buah trak tunda dan sebuah pikap membuatkan pemilik dashcam yang sedang memandu pada kelajuan hampir 80km/jam terpaksa berganjak ke tepi serta masuk ke lorong kecemasan bagi mengelakkan pertembungan.

Baca artikel berkaitan:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.