fbpx
Now Reading
Wanita Hina Agama Islam, Siti Nuramira Bukan Pemegang Kad OKU, Kata JKM
Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU -JKM

Wanita Hina Agama Islam, Siti Nuramira Bukan Pemegang Kad OKU, Kata JKM

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat turut meminta pihak terbabit untuk memperbetulkan perkara tersebut bagi mengelak dari berlaku salah faham kepada masyarakat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular berhubung satu infografik di media sosial yang memaklumkan Siti Nuramira Abdullah, wanita yang didakwa menghina agama Islam sehingga menyebabkan ketidakselesaan kepada masyarakat adalah seorang pemegang Kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Susulan itu, Bernama melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menafikan berhubung status Siti Nuramira Abdullah sebagai pemegang kad OKU.

Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU

JKM menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook menjelaskan melalui semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) mendapati Siti Nuramira adalah bukan pemegang kad OKU.

“Pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih,” menurut JKM berikutan tular infografik di laman media sosial berhubung hal tersebut.

JKM harap laporan berkenaan infografik dapat diperbetulkan untuk mengelak salah faham

Foto: FB Jabatan Kebajikan Masyarakat

Pihaknya juga dalam masa sama berharap agar laporan berhubung perkara itu diperbetulkan dengan segera oleh pihak terbabit untuk megelakkan salah faham pada masyarakat khususnya untuk menjaga sensitiviti warga OKU.

Terdahulu, pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira, 26, membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pada jam 6 petang, 4 Jun yang lepas.

Foto: FB Jabatan Kebajikan Masyarakat

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.