fbpx
Now Reading
Mengaku Rogol Pelajar Tingkatan 1, Juruteknik Dipenjara 64 Tahun & 8 Sebatan

Mengaku Rogol Pelajar Tingkatan 1, Juruteknik Dipenjara 64 Tahun & 8 Sebatan

Kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah rumah di Bachang, dalam daerah Melaka Tengah pada 16 dan 17 Jun 2022.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Akibat melarikan seorang pelajar tingkatan satu dari sebuah sekolah di Klang ke Melaka serta bertindak merogolnya, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 64 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, semalam (28 Julai).

Hakim Mohd. Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh, Azali Abu, 40, yang membuat pengakuan bersalah bersalah sebaik sahaja lapan bertuduhan dibacakan.

Dirogol tanpa kerelaan

Mengikut empat pertuduhan, tertuduh yang juga seorang juruteknik telah berkahwin dan mempunyai dua anak didapati merogol seorang remaja berusia 13 tahun tanpa kerelaannya pada bulan Jun lalu.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimun 20 tahun dan sebatan.

Empat kesalahan lakukan amang seksual

Tertuduh turut dihadapkan dengan empat pertuduhan atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama dan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Kesemua kesalahan telah dilakukan di sebuah rumah di Bachang, dalam daerah Melaka Tengah pada 16 dan 17 Jun lalu.

Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar hukum diringankan kerana telah menyesal dan insaf dengan perbuatannya itu.

Timbalan Pendakwa Raya mohon hukum berat dikenakan

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim meminta agar hukuman berat dikenakan kerana mengambil kira tindakan tertuduh yang melarikan pelajar terbabit dari Sekolah di Klang, Selangor dan membawanya ke Melaka.

Hal ini kerana, tertuduh yang telah berusia 40 tahun sepatutnya membimbing pelajar tingkatan satu itu, tetapi perkara sebaliknya yang berlaku.

Setelah mendengar hujah kedua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap kesalahan merogol dan hukuman penjara enam tahun serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan amang seksual fizikal.

Mahkamah memerintahkan hukuman di bawah Seksyen 37(2) Kanun Keseksaan itu berjalan secara berasingan, manakala Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 berjalan serentak dari tarikh ditangkap pada 25 Jun lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.