Mini Zoo Kuala Krai Dibuka Semula, Kini Tampil Dengan Wajah Baru Selepas 17 Tahun Ditutup

Setelah 17 tahun ditutup, Mini Zoo Kuala Krai di Kelantan akhirnya dibuka semula secara rasminya oleh Kerajaan Kelantan dengan menampilkan wajah baru.

Pembukaan ini secara tidak langsung akan memberi satu tarikan baharu bagi industri pelancongan di negeri Kelantan.

Idea buka semula Mini Zoo tercetus selepas menyedari kurang tempat pelancong

Menerusi laporan Utusan Malaysia, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan bahawa, idea bagi pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai ini tercetus setelah kerajaan menyedari kekurangan tempat-tempat pelancong yang boleh dikujungi terutamanya di kawasan Kuala Krai.

“Mini Zoo ini mula dibina oleh pihak Majlis Daerah Kuala Krai pada tahun 2020 dengan peruntukan berjumlah RM2.5 juta.

“Pembukaan semula Mini Zoo Kuala Krai ini pasti dapat meningkatkan lagi aktiviti sektor pelancongan di negeri ini,” jelasnya.

Zoo Kuala Krai miliki 50 spesis haiwan dengan konsep ‘Symbiotic Pith’

Menurutnya lagi, lebih 50 spesis haiwan dapat dilihat di Mini Zoo Kuala Krai ini, selain menyasarkan lebih kurang 5,000 pelawat yang akan berkunjung ke lokasi ini pada setiap bulan.

Ahmad Yakob berkata, pembinaan Mini Zoo Kuala Krai ini membawa konsep ‘symbiotic pith’ yang bermaksud ‘Manusia dan Alam’ di mana ia saling memerlukan antara satu sama lain (symbiotic) di dalam satu pusat tumpuan rekreasi (pitch).

Turut bawa konsep petting zoo, pengunjung boleh bagi makan kepada haiwan

“Selain itu, kita turut gunakan konsep petting zoo di mana pengunjung dapat berinteraksi dan memberi makan sendiri kepada haiwan yang ada di sini serta bangunan Mini Aquaria yang menempatkan pelbagai spesis jenis ikan.

“Mini Zoo Kuala Krai ini beroperasi setiap hari bermula 9.30 pagi sehingga 6 petang dengan harga tiket RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk warga emas dan kanak-kanak, manakala orang kurang upaya (OKU) adalah percuma,” katanya lagi.

Tawar promosi tiket masuk hingga 20%

Ulasnya lagi, kerajaan turut menawarkan harga promosi tiket masuk sehingga 20% di mana sejumlah RM8 bagi dewasa manakala RM4 untuk kanak-kanak bagi tempoh sebulan ini.

Untuk makluman, Mini Zoo Kuala Krai sebelum ini dibuka pada tahun 1964 serta beroperasi pada 24 Disember 1964 dengan keluasan tanah 0.4 hektar. Namun, pada tahun 1989 ia dipindahkan ke Bukit Bandang dengan kawasan yang lebih besar iaitu seluas 2.2 hektar.

Zoo ini bagaimanapun ditukarkan statusnya kepada Taman Burung Kuala Krai pada tahun 2005 sebelum operasinya ditamatkan pada tahun 2011.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago