fbpx
Now Reading
Pekerja Kedai Bakeri ‘Kantoi’ Menari Sambil Buat Cream Puff, Siap Lagu Kpop! [Video]

Pekerja Kedai Bakeri ‘Kantoi’ Menari Sambil Buat Cream Puff, Siap Lagu Kpop! [Video]

Kedua-dua pekerja itu sedang melakukan tugas mereka sambil menari mendengar lagu dari sebuah kumpulan korea (K-Pop).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja apa jenis pekerjaan, pasti akan ada tekanan dan isu tersendiri. Sama ada diri sendiri yang bermasalah, rakan sekerja yang saling tidak memahami atau majikan yang sering memberi tekanan.

Begitu juga yang melibatkan sektor makanan dan minuman (F&B), pasti penuh dengan cabaran dan dugaan apabila terpaksa melayan kerenah pelanggan mahupun sikap pekerja yang lain.

Namun begitu, bagi mereka yang pandai mencari hiburan diri tatkala sedang sibuk pekerja pasti membuat setiap pekerjaan yang dilakukan itu sentiasa dalam suasana ceria.

Begitulah yang dilakukan dua pekerja di sebuah kedai makanan apabila mereka berdua terlihat begitu ceria ketika melakukan pekerjaan tersebut di ruangan dapur.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @theordinarybaker, kelihatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tingkah laku pekerja tersebut yang begitu mencuit hati.

Berdasarkan rakaman, seorang pekerja berbaju merah kelihatan memulakan langkah menarinya secara perlahan-lahan sementara rakannya yang berbaju hitam sedang fokus melakukan tugasnya.

Tidak lama kemudian, pekerja berbaju hitam itu mula terhibur melihat telatah rakannya. Ibarat terhasut dengan sendirinya, dia mula ikut menari bersama-sama.

@theordinarybaker

Ada yang tertangkap la!🤣 Duduk dalam bilik, sambil tgok cctv, ternampak budak-budak ni menari pula sambil tunggu chocolate sejuk🤣 #btsarmy #boywithluv #thebestcreampuffintown #fyp

♬ original sound – The Ordinary Baker – The Ordinary Baker

“Ada yang tertangkap la! Duduk dalam bilik, sambil tengok cctv ternampak budak-budak ni menari pula sambil tunggu chocolate sejuk,” tulis kapsyen di TikTok.

Bagaimanapun, itu bukanlah kejadian kali pertama atau terakhir yang dilakukan mereka berdua. Terdapat beberapa lagi rakaman CCTV yang menunjukkan aksi tarian mereka ketika sedang bekerja.

@theordinarybaker

Sebab kan ramai nak tengok dorang lagi, kita bagi lagi satu hehe🤪Dorang ni memang suka menari tapi lupa ada CCTV🤣 #btsarmy #thebestcreampuffintown #bts #zoomchallenge

♬ original sound – The Ordinary Baker – The Ordinary Baker

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur dengan tingkah laku kedua-dua pekerja itu serta memuji mereka bekerja dalam suasana yang begitu positif.

Setakat hari ini, video yang berdurasi 48 saat itu telah meraih 2 juta jumlah tontonan dan 253,800 tanda suka.

Kredit gambar: TikTok theordinarybaker

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.