fbpx
Now Reading
Penghijrahan Anak Kelantan Ke Negeri Luar Bukan Sebab Tiada Kerja [Video]
Rakyat Kelantan Berhijrah bukan kerana tiada pekerjaan

Penghijrahan Anak Kelantan Ke Negeri Luar Bukan Sebab Tiada Kerja [Video]

Peluang pekerjaan yang disediakan negeri Kelantan adalah banyak dan mencukupi namun kerana gemar akan tradisi berhijrah menjadi sebab anak negeri itu berhijrah ke tempat lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sikap serta tradisi yang gemar berhijrah ke negeri luar merupakan sebab anak Kelantan khususnya generasi muda keluar dari negeri berkenaan dan ia bukanlah kerana tiada pekerjaan.

Memetik laporan Harian Metro, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengatakan perkara itu tidak hanya terjadi di negeri Kelantan sahaja tetapi di seluruh dunia.

Situasi tersebut walau bagaimanapun tidak menunjukkan kegagalan pihak kerajaan negeri dalam menyediakan peluang kerja.

Peluang yang disediakan untuk rakyat kelantan banyak dan cukup

Jelasnya, peluang pekerjaan yang diperuntukkan untuk anak Kelantan sudah banyak dan mencukupi tetapi terdapat segelintir yang lebih gemar untuk bekerja di ibu kota malah ada juga bersifat memilih pekerjaan.

Katanya, sifat rakyat Kelantan khususnya golongan muda sememangnya gemar merantau tidak kiralah mencari kerja atau apa sahaja aktiviti dan perkara itu tidak dapat dinafikan lagi.

Penghijrahan bukan berlaku di Kelantan sahaja

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata “Keluar dari negeri untuk bekerja bukan berlaku di Kelantan sahaja tapi seluruh dunia dan beberapa bulan lepas, satu kenyataan dari kajian yang dibuat, 500,000 rakyat Malaysia kerja di luar negara jadi nak kait macam mana tu?

“Peluang kerja banyak tapi anak Kelantan lebih suka berada di luar (Kelantan), mungkin rasa tak glamor, ada juga yang memilih kerja,” jelasnya sewaktu ditemui media.

Kelantan masih kekal dengan pendirian tak buka panggung wayang

Sementara itu, Mohd Amar memaklumkan pendirian Kelantan dalam tidak membenarkan pembukaan panggung wayang masih kekal.

Perkara tersebut bagaimanapun mungkin berubah di masa akan datang kerana ia bergantung terhadap perubahan semasa atau keperluan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.