Biar Isteri Gelek Untuk Promosi Produk, Suami Dianggap Dayus – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Pada era globalisasi ini, kebanyakan usahawan akan mempromosikan produk mereka secara dalam talian melalui muat naik video atau gambar di akaun media sosial peribadi sendiri.

Hal ini kerana, kos untuk mempromosikan adalah jauh lebih murah berbanding menggunakan khidmat pengiklanan melalui saluran televisyen mahupun mengupah ‘influencer’.

Tidak dinafikan, pelbagai cara digunakan untuk meraih tontonan yang tinggi termasuklah dengan menayang tubuh badan atau bergelek di hadapan kamera.

Suami tak tegur isteri dianggap dayus

Bagaimanapun, tindakan suami yang tidak menegur perbuatan isteri yang berperilaku sedemikan di hadapan orang ramai dengan tujuan mempromosikan produk di media sosial dianggap sebagai ‘dayus’.

Menurut laporan Kosmo, pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar berkata, Rasulullah SAW menyifatkan seorang suami itu dayus apabila tidak berani menegur kemungkaran yang dilakukan isteri dan juga anak-anaknya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok rasminya, Ustaz Wadi menegur para isteri dan anak perempuan yang menayangkan tubuh badannya kepada khalayak ramai.

“Bayangkan ramai orang tengok video isteri dia, lagi ramai orang kongsi isteri dia pegang kamera rakam, tayang punggung kepada orang ramai, golek-golek punggung depan orang ramai sedangkan suami masih hidup, dan dia sebagai bapa tidak pernah menegur perbuatan itu, yang ini dipanggil oleh Rasulullah SAW sebagai dayus.”

Ustaz Wadi Anuar

Menurut Ustaz Wadi, bayangkan sekiranya video yang dimuat naik itu meraih tontonan di media sosial sehingga beribu-ribu orang yang melihat maruah isterinya.

Malaikat catit setiap dosa besar yang dilakukan isteri

“Kalau suami duduk di masjid sedang baca Al Quran, malaikat sedang tulis dosa besar dia berapa orang yang telah tengok punggung isteri dia yang digelek-gelek dalam internet.

“Bayangkan ditulis dayus oleh malaikat 24 jam disebabkan video isteri kamu yang ditengok orang ramai dan kamu pula tak tegur dia.

“Video dilihat sampai cecah ratus ribu, nak viral (tular) punya pasal. Nak jual produk punya pasal, menempah ratusan ribu tahun untuk duduk dalam neraka jahanam,” katanya.

Neraka sudah dipanaskan ribuan tahun dahulu

Jelasnya lagi, ketika Allah SWT telah menciptakan neraka dengan beberapa tahap kepanasan, Allah sudah panaskan ribuan tahun hingga akhirnya pintu neraka menjadi warna hitam dan tidak boleh panas lagi.

Justeru, Ustaz Wadi menasihati individu yang melakukan perkara sedemikian agar memadamkan dengan segera video yang mampu mengundang dosa dan kemurkaan Allah SWT.

“Sementara masih bernafas maksudnya pintu taubat masih terbuka, padamlah dan buanglah video-video yang mengundang dosa dan marah Allah SWT,” katanya lagi.

Kredit gambar: TikTok ustazwadiannuarofficial

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

8 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago