fbpx
Now Reading
Dikecam Kerana Ajuk Cakap Jepun & Buat Mata Sepet, TikTokers Buat Permohonan Maaf [Video]

Dikecam Kerana Ajuk Cakap Jepun & Buat Mata Sepet, TikTokers Buat Permohonan Maaf [Video]

Berdasarkan video tersebut, kedengaran TikTokers itu mengajuk bahasa Jepun dengan perkataan yang tidak sepatutnya serta menggunakan pita pelekat agar mata kelihatan sepet.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/nipponsushi_my/status/1553608334443687936?s=20&t=fnEKbEANDRcAET1iyFB4vw

Isu perkauman (racism) bukanlah sesuatu isu yang kecil, bila berbicara melibatkan kaum, pasti akan ada segelintir pihak tertentu yang akan terasa hati.

Tidak hanya melibatkan kaum di dalam Malaysia sahaja, malah kaum-kaum lain yang ada di luar negara haruslah turut dihormati.

Hal ini berikutan satu video ‘marketing’ oleh sebuah restoran makanan Jepun telah mengundang kritikan berikutan dakwaan orang ramai yang beranggapan tindakan mempromosikan kedai itu adalah tidak menjaga sensitiviti kaum di Jepun.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter akaun @nipponsushi_my, kelihatan kedai makanan itu menggunakan seorang TikTokers bagi membantu mempromosikan cawangan terbaharu mereka di Pulau Pinang.

Berdasarkan video terbabit, kelihatan TikTokers yang dikenali sebagai CEO Batu itu mengajuk percakapan bahasa Jepun dengan melontarkan maksud yang tidak senonoh.

Tidak hanya itu, ketika berada di restoran tersebut, CEO Batu juga kelihatan menggunakan pita pelekat di matanya agar kelihatan sepet sama seperti kebanyakan warga Jepun.

Menjatuhkan reputasi sendiri

Kebanyakan pengguna Twitter beranggapan bahawa tindakan itu adalah bertentangan daripada niat sebenar video itu dibuat kerana konten tersebut mampu menjatuhkan reputasi restoran dan tiktokers tersebut.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter tidak bersetuju dengan tindakan CEO Batu itu yang dianggap sebagai keterlaluan dan racist serta mereka turut melontarkan kecaman kepada TikTokers tersebut.

CEO Batu mohon maaf

Menerusi laporan mstar, CEO Batu dikatakan telah membuat permohonan maaf kepada sesiapa sahaja yang terguris hati dengan konten tersebut.

Selain itu, dia turut memberitahu bahawa kecaman yang diterimanya hanyalah dari laman Twitter kerana melihat pada ruangan komen di laman TikTok dan Facebook semuanya memberi komen yang positif.

Untuk pengetahuan anda, CEO Batu merupakan salah seorang influencer yang mempunyai pengikut seramai 1.4 juta di TikTok dan 168,000 di Instagram.

Kredit gambar: Twitter nipponsushi_my

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.