fbpx
Now Reading
Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Telah Kembali Ke Rahmatullah
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Telah Kembali Ke Rahmatullah

Jenazah bekas menteri besar selangor ke-14 itu akan dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Menteri Besar Negeri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghembuskan nafas pada jam 11.08 malam tadi (31 Julai) di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun rasminya di Facebook dan difahamkan Allahyarham yang berusia 76 tahun telah dimasukkan ke hospital sejak 23 April yang lepas kerana jangkitan pada injap jantung.

Tan Sri Abdul Khalid meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Salbiah Tunut bersama dengan empat orang cahaya mata dan dua orang cucu.

Jenazah akan diuruskan di Masjid Saidina Umar Al Khattab

“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

“Sejurus usai di Masjid Umar Al Khattab jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor yang mahu memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah,” tulis di Facebook.

Akan dikebumikan di Makam di Raja Shah Alam

Menerusi hantaran tersebut memaklumkan di atas titah serta limpah kunia Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj jenazah akan dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam.

Memetik laporan The Vibes, Allahyarham yang merupakan Menteri Besar Selangor ke -14 itu merupakan seorang yang sangat bijak dalam bidang kewangan.

Selain kejayaannya dalam mengetuai ‘Dawn Raid’, Abdul Khalid juga telah berjaya meningkatkan tabung Selangor semasa menjadi menteri besar pada 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.

Beliau juga telah meningkatkan rizab negeri sehingga lebih RM1 bilion sekaligus menjadikan negeri tersebut sebagai negeri yang terkaya di Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.