Pesawat Ringan Terhempas Di Medan Gopeng, Jurulatih Penerbangan Disahkan Maut

Sebuah pesawat ringan yang dikendali dua orang juruterbang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Medan Gopeng, Ipoh, pada malam semalam (1 Ogos).

Dalam kejadian itu, pesawat berkenaan terhempas berdekatan sebuah rumah pam Sungai Rokam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang terletak bersebelahan sebuah kediaman penduduk.

Menurut laporan Harian Metro, kedua-dua mangsa kejadian pesawat ringan terhempas itu melibatkan jurulatih penerbangan di sebuah sekolah penerbangan berhampiran lokasi kemalangan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dalam kejadian 8.10 malam itu, jurulatih penerbangan Leftenan Kol (B) Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dari Semenyih, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin berusia 62 tahun mengalami kecederaan parah.

Menurut Mior, pihak polis tidak menolak kemungkinan pesawat Piper PA 28 bernombor pendaftaran 9M-BAA berkenaan berlepas dari sekolah penerbangan terbabit lebih awal.

Cuaca ketika waktu kejadian dalam keadaan baik

“Kita percaya mereka terbang lebih awal dari sebelum kejadian itu namun belum dapat dipastikan sama ada mereka sedang menjalani latihan atau sebaliknya.

“Untuk mengatakan kejadian disebabkan faktor cuaca, keadaan cuaca ketika polis sampai di tempat kejadian adalah baik. Jadi, punca masih dalam siasatan,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Tambahnya, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan daripada bangkai pesawat tersebut dan terus dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam.

Beliau berkata, pihak polis telah mengarahkan pihak syarikat penerbangan tersebut untuk mehubungi kedua waris mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

Foto : FB

CAAM dan AAIB akan siasat punca nahas tersebut

Kemas kini terbaharu, media melaporkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) akan bekerjasama bagi menyiasat punca kemalangan pesawat ringan tersebut.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, perkembangan mengenai kejadian tersebut amatlah menyedihkan.

“Saya dimaklumkan bahawa seorang juruterbang pesawat Piper 28 yang terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah, Ipoh telah disahkan maut.

“Manakala seorang lagi pembantu juruterbang kini dirawat di hospital akibat kecederaan di bahagian kepala. Takziah kepada keluarga mangsa. Pihak CAAM dan AAIB akan menyiasat insiden ini secara mendalam.

“Kejadian yang berlaku ini amat tragis dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mengenal pasti punca kemalangan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kredit gambar: Facebook Wee Ka Siong

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

11 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

11 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

11 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

13 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

13 hours ago