Akibat Salah Faham Ketika Berhibur, 3 Lelaki Dipercayai Warga Singapura Pukul Pemuda Dengan Spanar Di Johor [Video]

Akibat perselisihan faham ketika sedang berhibur, seorang lelaki dipukul dengan spanar dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, Johor Bahru pada Isnin lalu (2 Ogos).

Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, Insiden itu dipercayai terjadi pada 3.30 pagi.

Kata Raub, pihak polis menerima laporan berkaitan insiden itu susulan tularnya satu video di media sosial yang berdurasi 13 saat memaparkan kejadian terbabit.

Suspek disyaki warga Singapura

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 24 itu mengalami luka di bahagian hidung dan lebam pada mata kanan akibat dipukul dengan spanar oleh seorang lelaki dipercayai warga Singapura.

“Kejadian itu dipercayai berpunca daripada salah faham ketika mereka berhibur di pusat hiburan terbabit.

“Hasil siasatan mendapati pengadu merupakan seorang lelaki warga tempatan, manakala suspek pula adalah warga asing yang dianggarkan berusia antara 20 hingga 30 tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Suspek datang bersama dua lagi rakan

Tambahnya, suspek dikatakan datang bersama-sama dua lagi rakannya dengan menaiki kenderaan dengan nombor pendaftaran luar negara.

“Susulan kejadian itu, kita sedang mengesan tiga suspek warga asing itu untuk membantu siasatan.”

Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat

Beliau berkata, kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, boleh hubungi hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor S Sivakumaran 019-5127410.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut 324 Kanun Keseksaan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago