fbpx
Now Reading
Pemandu Singapura ‘Gesel’ Kenderaan Milik Tunku Idris Hadir Beri Keterangan Pada Polis
Individu gesel kenderaan Tunku Idris tampil beri keterangan

Pemandu Singapura ‘Gesel’ Kenderaan Milik Tunku Idris Hadir Beri Keterangan Pada Polis

Individu tersebut telah dibenarkan pulang ke Singapura kerana tidak melibatkan kes jenayah serta tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai kereta milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang ‘digesel’ oleh sebuah kenderaan berpendaftaran Singapura di Jalan Serampang, Taman Pelangi, Johor Bharu.

Baginda yang kecewa dengan tindakan pemandu Singapura tersebut kerana hanya berlalu pergi selepas mengesel kenderaannya kemudian memuat naik satu rakaman litar tertutup (CCTV) serta gambar yang menunjukkan kesan calar di Instagram.

Terbaharu, pihak polis kini dalam proses untuk melengkapkan satu kertas siasatan berkenaan insiden terbabit.

Tampil beri keterangan lepas insiden viral di media sosial

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan, individu itu telah tampil untuk merakam percakapannya di Balai Polis Trafik Johor pada petang 1 Ogos selepas insiden tersebut tular di media sosial.

Jelasnya, tiada sebarang tangkapan dilakukan kepada lelaki yang berusia 62 tahun tersebut selepas dia tampil bagi memberikan keterangan.

Dibenarkan pulang kerana bukan kes jenayah

“Setelah merakam percakapan pemandu kereta mewah tersebut, warga emas itu dibenarkan pulang dan dibenarkan balik ke Singapura kerana ini bukan kes jenayah.

“Sementara itu, polis dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin,” jelasnya kepada media.

Untuk rekod, menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan oleh baginda, insiden tersebut telah terjadi pada 2.17 petang pada 1 Ogos sewaktu pemandu warga emas yang membawa kenderaan jenis BMW ingin masuk ke tempat letak kereta berdekatan kereta Tunku Idris.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.