fbpx
Now Reading
Pelajar Tingkatan 3 Ugut & Pukul Cikgu Dengan Penyapu Kerana Berang Rambut Dipotong
Pelajar pukul guru kerana bengang rambut dipotong

Pelajar Tingkatan 3 Ugut & Pukul Cikgu Dengan Penyapu Kerana Berang Rambut Dipotong

Guru yang menjadi mangsa pukul pelajar berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bengang rambut yang panjang dipotong, seorang pelajar tingkatan tiga bertindak memukul seorang guru wanita dengan batang penyapu serta ugut mahu membunuhnya.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 3 Ogos.

Dalam insiden yang berlaku pada jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang merupakan seorang guru disiplin berumur 52 tahun sedang melakukan rondaan.

Terima aduan dari guru lain sebelum bertindak potong rambut

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin memaklumkan, guru tersebut telah menerima aduan dari seorang cikgu berkenaan seorang pelajar lelaki yang mempunyai rambut panjang.

Jelasnya, berikutan itu guru tersebut telah bertindak menggunting rambut pelajar lelaki yang berusia 15 tahun berkenaan.

Pelajar lelaki berang dan ugut hendak membunuh guru berkenaan

“Bagaimanapun, pelajar lelaki itu marah dan mengugut mahu membunuh mangsa dan memukul guru itu menggunakan batang penyapu.

“Akibat pukulan itu, mangsa cedera di mata kirinya,” jelasnya.

Bertindak atas maklumat, satu serbuan ke sebuah rumah bagi menahan pelajar berkenaan telah dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Pelajar lelaki negatif dadah & tiada rekod jenayah

“Hasil ujian air kencing terhadap pelajar terbabit adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai rekod jenayah.

“Pelajar itu ditahan reman bermula hari ini hingga esok bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK),” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.