fbpx
Now Reading
“Terdapat Pendarahan Di Kepala” – Pelajar Sekolah Parah, Motosikal Ditunggangi Terlanggar Gajah

“Terdapat Pendarahan Di Kepala” – Pelajar Sekolah Parah, Motosikal Ditunggangi Terlanggar Gajah

Menurut ibu mangsa, dia mendapat khabar berita mengenai kemalangan itu daripada rakan anaknya yang bergegas mencarinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar seekor gajah liar di Jalan Kota Tinggi-Kluang berdekatan Taman Seri Impian, Johor, semalam (4 Ogos).

Ibu pelajar terbabit, Mislawati Paiman, 46, berkata, ketika kejadian anaknya sedang menunggang motosikal bersendirian di kawasan berkenaan.

Menurutnya, sebelum kejadian jam 10 malam itu, anaknya Muhammad Danish Saedin, 17 dikatakan mengisi minyak motosikal sebelum pulang ke rumah di Taman Sri Lambak.

Dapat tahu kemalangan itu dari rakan anak

“Saya mendapat tahu kemalangan berkenaan daripada rakan anak yang bergegas mencari saya di rumah sebelum kami sekeluarga bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

“Difahamkan saksi kejadian mengatakan anak saya ketika ditemui masih sedar selepas pelanggaran itu,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Sehubungan itu, Muhammad Danish kini menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu.

Tambah Mislawati, doktor mengatakan terdapat pendarahan di kepala dan ketika ini anaknya sedang ditidurkan, bagaimanapun berada dalam keadaan stabil.

Harap pihak berwajib memandang serius isu gajah ini

Berikutan kejadian itu, beliau berharap agar pihak berwajib memandang serius isu kehadiran gajah liar di kawasan sekitar perumahan penduduk di Kluang sejak kebelakangan ini.

“Saya mohon pihak berkuasa supaya memasang lampu jalan di kawasan gelap dan berharap kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa depan,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.