fbpx
Now Reading
DAP Tidak Tolak Kerjasama Dengan UMNO, Kata Anthony Loke
Anthony Loke tak tolak kemungkinan untuk jalin kerjsama dengan UMNO

DAP Tidak Tolak Kerjasama Dengan UMNO, Kata Anthony Loke

Menurut Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dia tidak menolak sebarang kerjasama sekiranya mereka mempunyai agenda yang sama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bersifat terbuka jika partinya mahu berkerjasama dengan UMNO kerana baginya “segalanya mungkin dalam politik”.

Namun jelas Setiausaha Agung DAP itu, sebarang perubahan untuk menjalinkan kerjasama hanya akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.

Corak politik di negara ini alami perubahan drastik selepas PRU-14

Memetik laporan Free Malaysia Today, menurut pemimpin itu, politik di negara ini telah mengalami perubahan yang drastik selepas PRU ke-14 pada tahun 2018 kerana tiada lagi parti dominan yang tunggal.

Oleh itu, kemungkinan bagi parti untuk menjalinkan kerjasama dengan parti lain adalah lebih tinggi.

Malah ia dapat dilihat apabila DAP bersama dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH), PKR, Amanah telah berganding bahu bersama UMNO menggugurkan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Faizal Azumu dari jawatan tersebut, pada tahun 2020.

Bahkan mereka juga senada dengan parti komponen PH yang lain sewaktu memeterai memorandum bersama Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tak tolak jika ada agenda yang sama

“Saya tak tolak (sebarang kemungkinan) kerana apa yang penting adalah kita (semua pihak) mesti berasaskan agenda.

“Apa yang penting bagi DAP adalah kami mahu kukuhkan PH. Kami mahu desak reformasi. Agenda utama kami ialah tadbir urus yang baik, dan kami juga mahu lihat lebih integriti dalam kerajaan, serta rasuah diperangi,” jelasnya ketika diwawancara oleh FMT.

Loke turut berkata, partinya bersifat terbuka bagi menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak jika mereka mempunyai agenda yang sama.

Masih beri sokongan kepada Anwar sebagai PM

Berbicara tentang calon perdana menteri (PM), Loke menyatakan, DAP masih teguh dengan keputusan mereka untuk memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun beliau tidak menolak bahawa ia bergantung kepada sokongan majoriti selepas PRU15 berlangsung.

“Sudah tentu, pendirian sekarang adalah Anwar, sebagai pemimpin PH, menjadi pilihan semula jadi, tetapi saya rasa (siapa calon PM) sangat bergantung kepada keputusan pilihan raya akan datang.

“Jika PH boleh menang dengan majoriti jelas, maka sudah tentu beliau (Anwar) akan jadi PM,” kata Loke lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.