fbpx
Now Reading
“Saya Bukan Islam, Saya Takda Agama” – Jawi Mula Siasat Gerakan Hadi Minallah [Video]

“Saya Bukan Islam, Saya Takda Agama” – Jawi Mula Siasat Gerakan Hadi Minallah [Video]

Datuk Seri Idris Ahmad turut menyarankan orang ramai yang melihat video ajaran sesat tersebut agar terus membuat laporan kepada SKMM dan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berikutan tular satu video majlis konvokesyen yang didakwa sebagai ajaran sesat, Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera menyiasat kegiatan gerakan sesat dikenali Hadi Minallah di ibu negara sejak semalam (7 Ogos).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Idris Ahmad berkata, tindakan itu dibuat sejurus mendapat maklumat termasuk alamat lengkap lokasi yang dikatakan menjalankan gerakan sesat itu.

Idris bagaimanapun mengakui tiada maklumat mengenai kewujudan gerakan itu yang berselindung di sebalik nama yayasan dan beralamat di sebuah premis di Kuala Lumpur.

“Saya belum terima maklumat tetapi sebaik dapat tahu mereka ada di ibu negara, Jawi pantas bertindak dan pihak Jakim sedia menerima laporan sebagai agensi penyelaras,” katanya kepada media di Mesyuarat Pertama Pemilihan Anggota Majlis Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Jakim buat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung aktiviti Hadi Minallah yang berhimpun di Langkawi, Kedah pada Jun lalu.

Laporan turut diberikan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyekat video tular mengenai kegiatan terkutuk kumpulan sesat itu di dalam satu upacara majlis konvokesyen.

Dalam pada itu, Idris berharap agar orang ramai segera melaporkan kepada pihak polis jika mengesan sebarang kegiatan aneh kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan terhadap ajaran Islam.

Henti sebarkan video dan segera lapor kepada SKMM

Tambah Idris, orang ramai dinasihati agar tidak menularkan lagi video ajaran sesat terbabit di media sosial kerana tindakan tersebut dikhuatiri boleh menarik ramai lagi pengikut baharu.

Sebaliknya, mereka disarankan agar terus membuat laporan kepada SKMM dan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing untuk tindakan penyiasatan susulan.

Beliau turut memberi amaran tegas bahawa pihak jabatan agama Islam di setiap negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan demi memastikan pegangan akidah umat Islam kekal terpelihara.

“Jakim juga mengharapkan kerjasama masyarakat sekiranya mengetahui ada benda yang pelik dalam kumpulan tertentu, jangan senyap tetapi mesti berani tampil lapor segera,” katanya lagi.

Wanita berjubah dan berpurdah peluk dan cium tangan Hadi Minallah

Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan beberapa orang wanita yang berjubah dan berpurdah serba putih bertindak memeluk dan mencium tangan seorang lelaki.

Lelaki terbabit didakwa ketua kumpulan ajaran sesat Hadi Minallah dan majlis yang diadakan itu adalah sebuah majlis konvokesyen yang diadakan di Aseana Hotel, Langkawi.

Selain daripada itu, lelaki yang dikenali sebagai Hadi Minallah itu juga mengakui dirinya bukan beragama Islam serta dia tidak mempunyai agama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.