fbpx
Now Reading
MOT Mahu Pinda Akta Pengangkutan Jalan 1987, Tangani Isu Mat Rempit & Lumba Haram

MOT Mahu Pinda Akta Pengangkutan Jalan 1987, Tangani Isu Mat Rempit & Lumba Haram

Menurut Setiausaha Kementerian Pengangkutan itu, cadangan pindaan akta ini akan dibentangkan pada sidang Parlimen sesi tahun hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meminda Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dengan memberi hukuman yang lebih berat dalam usaha untuk membanteras isu lumba haram serta aktiviti mat rempit di Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak berkata, cadangan pindaan itu melibatkan individu yang terbabit dalam aktiviti lumba haram dan juga pihak yang menyokong kegiataan berkenaan.

Naikkan kadar saman minimun dan hukuman penjara

Terdapat beberapa hukuman yang turut dicadangkan antaranya ialah menaikkan kadar saman minimum dan penjara terhadap mat rempit yang mengakibatkan kematian pengguna jalan raya lain.

Tidak hanya itu, pemilik bengkel yang terlibat atau bersekongkol dalam mengubah suai motosikal bagi kegunaan lumba haram turut akan dikenakan tindakan.

Menurut Isham, cadangan pindaan akta tersebut akan dibentangkan pada sidang Parlimen sesi tahun hadapan.

Pindaan akta berjaya tangani pemandu mabuk

Beliau berkata, sebelum ini pihak MOT telah membuat pindaan akta bagi menangani isu pemandu mabuk yang dilihat berjaya mengurangkan kes tersebut.

Tambah Isham, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan badan bukan kerajaan (NGO) akan bekerjasama untuk menubuhkan satu Task Force bagi mengekang aktiviti lumba haram.

Modul pelaksanaan pelan akan bermula di Pulau Pinang dahulu

Sementara itu, jelasnya, modul pelaksanaan pelan jangka pendek itu akan dibuat di Pulau Pinang terlebih dahulu sebelum dijadikan modul oleh negeri yang lain.

“Modul ini kita akan bawa kepada negeri lain dan buat secara nasional dan menyeluruh bagi memastikan usaha yang kita buat itu akan lebih efektif, kesan besar bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kita dapat merubah budaya jijik ini harap tidak lagi menjadi satu budaya yang dibanggakan.”

Situasaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di George Town, semalam (9 Ogos).

Terdahulu, satu kemalangan maut dilaporkan berlaku di Pulau Pinang yang disebabkan oleh aktiviti lumba haram oleh sekumpulan penunggang motosikal.

Menurut kenyataan polis, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, beberapa penunggang motosikal telah hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain.

Tujuh penunggang motosikal dikatakan terlibat dalam kemalangan tersebut dan lima daripadanya disahkan meninggal dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.