fbpx
Now Reading
Tangki Air Sekolah Di Kelantan Pecah, Dua Pelajar Cedera Parah Di Kepala & Leher

Tangki Air Sekolah Di Kelantan Pecah, Dua Pelajar Cedera Parah Di Kepala & Leher

Kejadian tersebut turut menyebabkan berlakunya beberapa kerosakan di sekolah terbabit seperti rumah enjin, laluan pejalan kaki, papan kenyataan, dan juga surau sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Kota Bharu, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tengkuk apabila Tangki air utama pecah pada 10.15 pagi semalam (9 Ogos).

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki berkata, dua mangsa terbabit masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Menurutnya, sebelum ini empat pelajar dikejarkan ke HUSM untuk menerima rawatan manakala seorang lagi pelajar hanya ke Klinik Kesihatan Mahligai.

Salah seorang pelajar terima dua jahitan di kepala

“Seorang daripada pelajar berkenaan mengalami luka di bahagian kepala dan menerima dua jahitan, manakala seorang lagi mengalami sakit di leher.

“Tiga lagi pelajar bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan sudah dibenarkan pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi media.

Ujar Muhammad Zaki, laporan mengenai insiden ini sudah dibuat oleh guru Penolong Kanan SMK Melor.

Terdengar bunyi letupan kuat

“Beliau menyatakan terdengar satu letupan yang kuat di bahagian belakang bangunan pejabat.

“Pengadu terus pergi ke arah bunyi itu serta mendapati tangki air utama pecah dan kejadian berlaku ketika waktu rehat pelajar tingkatan satu, dua dan tiga,” katanya lagi.

Tambah Muhammad Zaki, kejadian itu menyebabkan berlakunya beberapa kerosakkan di sekolah tersebut seperti rumah enjin, laluan pejalan kaki, papan kenyataan, dan juga surau sekolah.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Muhd Radzi Md Jidin dalam satu hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau menerima maklumat mengenai insiden terbabit selepas selesai sesi menjawab di Dewan Negara semalam.

Menteri Pendidikan gesa JPN Kelantan segera laksana kerja baik pulih

Menurutnya, beliau telah mengarahkan pihak JPN Kelantan untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih sekolah terbabit secepat mungkin.

“Saya telah mengarahkan pihak JPN Kelantan melaksana kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah tersebut dalam kadar segera.

“Ini bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam baik dan selamat untuk kegunaan warga sekolah,” ujarnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.