fbpx
Now Reading
Gadis Di Iran Perlu Sijil Dara Untuk Buktikan Mereka Masih Perawan

Gadis Di Iran Perlu Sijil Dara Untuk Buktikan Mereka Masih Perawan

Menurut WHO, ujian keperawanan tidak mempunyai merit saintifik kerana data yang dikeluarkan adalah tidak begitu tepat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan wanita di Iran didesak oleh bakal suami untuk mengambil ujian keperawanan di hospital dan dapatkan sijil sebagai bukti mereka masih dara.

Namun begitu, amalan sedemikian dianggap bertentangan dengan hak asasi manusia oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut laporan BBC News, sejak tahun lalu, isu ini semakin hangat dibahaskan apabila semakin ramai orang terutamanya golongan wanita berkempen untuk menentangnya.

Suami menuduh isterinya tidak lagi perawan

Seorang wanita yang dikenali sebagai Maryam berkata, suaminya menuduh dia tidak lagi perawan pada malam pertama mereka bersama hanya kerana tiada darah yang keluar dari bahagian sulitnya ketika dia dan suami bersetubuh.

Menurutnya, dia sudah cuba meyakinkan suaminya mengenai status dirinya yang masih perawan dan tidak pernah bersetubuh dengan mana-mana lelaki sebelum ini namun, suaminya tidak mempercayai penjelasan yang telah diberikan oleh dirinya.

Ujian keperawanan dilakukan selepas bertunang

Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik di Iran, kebiasaannya para gadis yang sudah bertunang akan mendapatkan ujian pemeriksaan dara bagi membuktikan mereka tidak pernah melakukan hubugan seks.

Bagaimanapun, menurut WHO, ujian keperawanan itu tidak mempunyai merit saintifik kerana data yang dikeluarkan adalah tidak begitu tepat.

Sebagai contoh, Maryam selepas melakukan ujian mendapati jenis selaput daranya adalah elastik. ini bermakna dia mungkin tidak akan berdarah ketika melakukan hubungan seks.

Tertekan hingga bertindak cuba membunuh diri

Malah, Maryam yang tertekan dengan desakan dan tuduhan yang dilemparkan oleh suaminya itu pernah mengambil keputusan untuk membunuh diri dengan cara menelan beberapa biji pil.

Berpantang maut sebelum ajal, wanita itu berjaya diselamatkan apabila dia dibawa ke hospital dalam kadar segera.

Kisah Maryam adalah realiti yang ditempuh ramai wanita di Iran, menjadi perawan sebelum berkahwin amat penting bagi kebanyakan gadis. Ia adalah nilai yang berakar umbi dalam konservatisme budaya di sana.

Wanita dan lelaki mula berkempen menentang ujian perawanan

Bagaimanapun, keadaan mula terlihat berubah apabila kebanyakan wanita dan juga lelaki di seluruh negara itu telah berkempen untuk menentang ujian keperawanan terhadap gadis-gadis agar dihentikan.

November lalu, petisyen dalam talian menerima hampir 25,000 tandatangan dalam tempoh sebulan, ini adalah kali pertama ujian keperawanan dicabar secara terbuka oleh begitu ramai rakyat Iran.

Walaupun demonstrasi menentang ujian keperawanan semakin meningkat, namun ramai yang percaya bahawa larangan sepenuhnya terhadap amalan ini serta penggubalan undang-undang oleh kerajaan tidak akan berlaku buat jangka masa terdekat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.