fbpx
Now Reading
LRA Langat Henti Tugas, 394 Kawasan Di KL, Petaling, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air

LRA Langat Henti Tugas, 394 Kawasan Di KL, Petaling, Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air

Menurut Air Selangor, kawasan terlibat terdiri dari wilayah Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/air_selangor/status/1557546318104371202

394 kawasan di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi, hari ini (11 Ogos).

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan memaklumkan ia merlibatkan kawasan-kawasan dari tiga daerah iaitu wilayah Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan) susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi tadi.

“Ia berikutan insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang akibat daripada kes kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam,” kata Air Selangor.

LRA Langat 2 dijangka mula beroperasi semula pada jam 3:30 petang, 11 Ogos 2022 bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan.

Bekalan air terawat dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila sistem agihan bekalan air telah distabilkan.

Senarai kawasan terlibat mengikut wilayah

Kuala Lumpur

Hulu Langat

Hulu Langat/ Petaling

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.