fbpx
Now Reading
Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Kuliah Subuh Bising, JAIS Jelaskan Penggunaan Pembesar Suara Di Luar Dilarang Sejak 2017
Larangan penggunaan pembesar suara di luar masjid atau surau dikeluarkan sejak 2017

Tular Lelaki Mengamuk Dakwa Kuliah Subuh Bising, JAIS Jelaskan Penggunaan Pembesar Suara Di Luar Dilarang Sejak 2017

Jelas beliau, penggunaan pembesar suara itu hanya boleh digunakan untuk laugan azan serta ayat-ayat suci Al-Quran untuk tempoh yang pendek sebelum azan dilaungkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari yang lalu, media ada melaporkan insiden seorang lelaki yang didakwa mengamuk di sebuah surau di Ampang Campuran, Selangor.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku kerana individu tersebut berasa terganggu dengan kuliah subuh yang diadakan di surau berkenaan dan menyifatkan ia terlalu bising.

Baca artikel berkaitan:

JAIS maklum pembesar suara tak dibenarkan

Susulan itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan bahawa penggunaan pembesar suara di luar untuk kuliah yang dijalankan adalah tidak dibenarkan.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, arahan tersebut telah dikeluarkan pada 23 Oktober 2017 kepada Pentadbir Masjid dan Surau seluruh Negeri Selangor.

Arahan itu juga selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor pada 16 Oktober 2017.

Penggunaan pembesar suara dihadkan dalam dewan masjid atau surau

“DYMM Tuanku Sultan Selangor dengan jelas menitahkan bahawa penggunaan pembesar suara untuk ceramah dan kuliah hendaklah dihadkan di dalam ruang atau dewan masjid dan surau sahaja.

“Pembesar suara luar hanya boleh digunakan bagi tujuan azan dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bagi tempoh pendek sebelum azan dilaungkan,” katanya.

Untuk menjaga imej dan kemuliaan agama Islam

Jelas beliau, titah baginda itu dibuat agar imej dan kemuliaan agama Islam sebagai suatu sistem cara hidup yang sempurna, dinamik dan sentiasa mementingkan kesejahteraa masyarakat seluruhnya dapat dirasai oleh semua pihak dan menjadi contoh teladan yang baik.

Berikutan itu, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 12 (a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Seangor No.9 Tahun 1995 kerana disyaki terjadinya satu perbuatan melanggar titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku atas sifat baginda sebagai Ketua Agama Islam di negeri tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.