fbpx
Now Reading
KKM Tak Akan Berkompromi Dengan Pihak Beri Rawatan Gigi Tanpa Doktor Bertauliah

KKM Tak Akan Berkompromi Dengan Pihak Beri Rawatan Gigi Tanpa Doktor Bertauliah

Khairy Jamaluddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kewujudan pusat kecantikan yang menawarkan rawatan pergigian tidak berdaftar di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menawarkan perkhidmatan pergigian tanpa menggunakan khidmat doktor bertauliah.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya akan memastikan penguatkuasaan terhadap isu atau tempat yang menawarkan perkhidmatan tak bertauliah tersebut ditingkatkan.

Doktor gigi yang tiada kelayakan dan tak berdaftar akan diambil tindakan

“Doktor pergigian yang tiada kelayakan, tanpa pendaftaran kita akan ambil tindakan, memang tiada kompromi dalam hal ini kerana apa sahaja perkhidmatan kesihatan pergigian mesti diberi oleh doktor pergigian yang layak,” katanya kepada media selepas Program Beauty and Health.

Khairy Jamaluddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kewujudan pusat kecantikan yang menawarkan rawatan pergigian tidak berdaftar di Malaysia.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan satu sesi libat urus akan diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berikutan rayuan oleh pemain industri kecantikan mengenai beberapa prosedur termasuk rawatan laser oleh doktor pakar.

“Bagi pihak Kementerian Kesihatan (KKM), kita tidak benarkan sebab banyak prosedur kecantikan ini mempunyai risiko tinggi dan hanya dapat dilakukan oleh pegawai perubatan namun rayuan telah dibuat, saya setuju untuk diadakan satu sesi libat urus dengan Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.”

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

Strategi vaksinasi tahunan COVID-19 negara

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan merujuk pada pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum membuat pendirian berhubung strategi vaksinasi tahunan COVID-19 negara.

Setakat ini, Khairy berkata, negara lain belum lagi memutuskan langkah ke arah itu namun KKM sudah memulakan perbincangan mengenainya bersama para pakar yang berkaitan pada Rabu.

Ujar Khairy, KKM tidak akan menetapkan sasaran terhadap jumlah orang yang bakal mengambil dos pengalakkan kedua, sebaliknya akan terus mendidik dan menggalakkan rakyat berbuat demikian demi kesihatan diri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.