Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Seorang petinju Thailand menemui ajal selepas tumbang dalam perlawanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di padang sebuah kolej di Kampung Che Deris, Badang, Kota Bharu, kelmarin (13 Ogos).
Mangsa, Mr.Kittichai Chaengkhao, 28, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.57 pagi semasa menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akibat pendarahan otak.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil siasatan mendapati semasa kejadian malam kelmarin (Tarikh) mangsa sedang berlawan dengan seorang petinju tempatan yang berusia 29 tahun.
Tidak sedarkan diri selepas dikatakan kalah
Menurutnya, mangsa yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu dikatakan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas kalah ditangan petinju Malaysia.
“Sebelum itu, mangsa yang berasal dari negara jiran itu dibawa ke Klinik Kesihatan Badang untuk mendapatkan rawatan awal.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan HRPZ II selepas hampir 10 jam menerima rawatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam (14 Ogos).
Mangsa memasuki Malaysia secara sah
Menurut Zaki, siasatan mendapati mangsa memasuki negara ini secara sah dan mempunyai dokumen yang lengkap untuk menyertai perlawanan Muay Thai itu.
Tambahnya, mayat petinju negara gajah putih itu sudah dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Rantau Panjang sebelum diserahkan kepada waris.
Kematian petinju Thailand itu disahkan sebagai kemalangan dalam sukan dan tiada unsur jenayah
“Polis sudah mengambil keterangan daripada pihak penganjur untuk membantu siasatan.
“Kita mengesahkan penganjur mempunyai permit untuk mengadakan perlawanan tersebut dan kes berkenaan diklasifikasikan mati mengejut,” ujarnya lagi.