fbpx
Now Reading
Kes LCS : Bekas Panglima TLDM Didakwa 3 Tuduhan Pecah Amanah Lebih RM21 Juta

Kes LCS : Bekas Panglima TLDM Didakwa 3 Tuduhan Pecah Amanah Lebih RM21 Juta

Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, 78, yang merupakan bekas Pengarah Urusan BNS bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan dana syarikat pembuat kapal, Boustead Naval Shipyard (BNS) Sdn Bhd.

Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, 78, yang merupakan bekas Pengarah Urusan BNS bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussain.

Didakwa luluskan pembayaran kepada 3 syarikat tanpa kelulusan lembaga pengarah BNC

Mengikut kertas pertuduhan, Ahmad Ramli didakwa meluluskan pembayaran lebih RM21 juta kepada 3 syarikat di Singapura tanpa mendapat persetujuan dari Ahli Lembaga Pengarah BNC.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meluluskan pembayaran sebanyak RM13,541,140.00 kepada akaun Syarikat Setaria Holding Limited di Standard Chartered Bank, 6 Battery RD, Singapore 049909.

Untuk pertuduhan kedua, Ahmad Ramli didakwa meluluskan pembayaran sebanyak RM1,360,716.00 ke akaun Syarikat JSD Corporation Pte Ltd nombor 503-027963-201 di The Overseas-Chinese Banking Corporation Limited, 65 Chulia Street, OCBC Centre, Singapore 049513.

Bagi pertuduhan ketiga pula, bekas Panglima TLDM itu didakwa meluluskan pembayaran berjumlah RM6,182,295.00 ke akaun Syarikat Sousmarin Armada Ltd. nombor 017-0283-860 USD di Standard Chartered Bank, 6 Battery Road, Singapore 049909, lapor Awani.

Kesemua kesalahan in dipercayai dilakukan di antara 9 April hingga 4 Mei 2011 (bagi pertuduhan pertama, kedua) dan 28 Oktober hingga 22 November 2011.

Kesalahan ini didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari 20 tahun; dan dengan sebat serta bolehlah juga dikenakan denda.

Mahkamah kemudian menetapkan wang jaminan RM500,000 dengan cagaran berbayar RM200,000 dan penjamin seorang warga tempatan.

Hakim dalam masa sama turut mengarahkan agar pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraaan.

Mahkamah turut menetapkan 24 November 2022 sebagai tarikh sebutan kes.

Sebagai info, projek ini merupakan perolehan terbesar dalam sejarah Kementerian Pertahanan dengan kos keseluruhan RM9 bilion.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.