fbpx
Now Reading
Pelajar 12 Tahun Maut Selepas Disambar Petir Ketika Guna Telefon
Pelajar 12 tahun maut disambar petir

Pelajar 12 Tahun Maut Selepas Disambar Petir Ketika Guna Telefon

Mangsa dijumpai terbaring di dalam bilik bersama dengan kesan terbakar di bahagian lengan sebelum di bawa ke Klinik Kesihatan Kuala Betis oleh bapanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pelajar perempuan yang berusia 12 tahun meninggal dunia selepas disyaki dipanah petir sewaktu menggunakan telefon bimbit untuk berbual dengan kawannya di Kampung Baru Sungai Raya Luar, Gua Musang, Kelantan, semalam (15 Ogos).

Dalam insiden yang berlaku jam 4.50 petang berkenaan, Nur Ayiqin Qistina M. Nor Zawawi yang juga seorang pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaaan (SK) Kuala Betis telah dijumpai terbaring di dalam kamar tidurnya serta terdapat kesan terbakar di bahagian lengan mangsa.

Bapa baharu selesai solat asar di surau

Memetik laporan Utusan Malaysia, bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang yang berusia 54 tahun memaklumkan, ketika insiden tersebut berlaku dia berada di surau di hadapan kediamannya serta baru sahaja selesai menunaikan solat asar.

Jelas M. Nor Zawawi, dirinya terkejut tatkala mendengar dentuman bunyi petir yang agak kuat.

Isteri maklum anak pengsan di dalam biliknya

“Kemudian, isteri maklumkan anak keempat daripada lima adik beradik telah pengsan di tempat tidur sambil tangan kanannya memegang telefon bimbit.

“Selain itu terdapat kesan melecur pada tangan kanan anak dan kesan terbakar di bahagian tilam tempat tidurnya,” jelas bapanya kepada media.

Mangsa dibawa ke klinik kesihatan sebelum disahkan meningggal dunia

Menurutnya lagi, dia kemudian bertindak membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kuala Betis sebelum pengawai perubatan bertugas mengesahkan anaknya itu sudah meninggal dunia.

Jelasnya lagi, jenazah anaknya akan dibawa ke hospital gua musang untuk tindakan lanjut sebelum dikebumikan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.